Pertempuran Terhebat Dalam Sejarah Antara Harimau Vs Garuda

Malam tadi ngauman menakutkan dari Harimau Malaya Muda, menggemparkan seluruh indonesia ngauman yang telah menyebabkan Burung Garuda jatuh tersembam kebumi dan telah mematahkan sayap keegooan Burung Garuda selama ini yang terbang tidak menoleh kebumi

Justrieyn.com Mengucapkan Setinggi-tinggi tahniah dan perhargaan khas buat pasukan Harimau Malaya Muda yang berjaya membaham pasukan burung garuda sekaligus membuktikan mereka layak bergelar gergasi bola sepak asia tengara
.
Pada awal pertempuran sengit pada malam tadi (Burung Garuda) Indonesia berjaya  menembusi gawang gol Malaysia di awal permainan iaitu pada minit ke 5, lansung sedikit pun tidak menggugat perasaan pemain (Harimau Malaya Muda) Malaysia malah menjadikan pasuan Malaysia lebih bersemangat untuk bertempur.

Yushi melihat semalam, Pertempuran Antara Harimau Malaya Muda menentang Garuda seolah olah menonton Filem Shaolin Soccer

Pada asalnya Skuad Malaysia hampir dengan menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 35 hasil tandukan rendah yang dilakukan oleh Asraruddin.

Beliau yang diletakkan oleh Jurulatih Ong Kim Swee di posisi yang berlainan dari kebiasaannya membuktikan beliau seorang pemain yang serba boleh.

Sehingga tamat masa permainan Malaysia terikat dengan Indonesia 1-1. Masa tambahan sebanyak 30 minit yang diberikan tetapi hampa kerana tiada jaringan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan didalam pertempuran sengit ini

Kemenangan menerusi sepakan penalti telah memberi kemenangan berturut-turut selama 2 tahun kepada pasukan Harimau Malaya Muda dalam Sukan Sea ini. 4-3 keputusan menerusi penalti menjadikan mata sebenar 5-4 dan kemenangan berpihak secara mutlak kepada pasukan Harimau Malaya Muda

Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.

Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.

Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.

Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.

Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.

Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.

Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.

Nazmi Faiz bintang baru yang mula menyerlah di Sukan Sea ini dibawa turun  menggantikan Gurusamy yang turut menjadi pemain penting dalam sukan sea kali ini. Terlalu sukar untuk yushi menentukan siapakah sebenarnya man of the match dalam sukan ini.

Pasukan (Harimau Malaya Muda) Malaysia  terus dibawa pulang ke Malaysia selepas kerajaan Malaysia bersetuju menempah penerbangan khas buat mereka supaya dapat merehatkan diri secukupnya sebelum bertempur dengan  Syria pada rabu akan datang.

Sekali Lagi tahniah kepada buat Harimau Malaya Muda dari Justrieyn.com kerana berjaya membawa emas balik pada sukan sea ke 24 ini…

sila komen dan berikan ucapan tahniah buat pasukan harimau malaya



Kategori: Sukan |

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge