Gempar ! Video Cikgu Shida Digodam !

Pagi ini yushi tengah siap sedia untuk sarapan..bla..bla…hohoho,syok syok yushi online tetiba pulak yushi gatal gatal tangan rogol  google dan baca akhbar online yang satu ni ala harian metro, macam biasalah kalau takde bajet nak beli surat khabar kita mandrem je online tak gitu ?

ok korang kenal kan cikgu shida ? alahai cikgu yang buat perangai tak senonoh gila gila dekat youtube tu, yang juga satu satu cikgu yang mendapat top carta ratu miming malaysia tu alahai tak kan tak kenal ? sampai keluar dekat harian metro lagi berita video beliau kena godam herm..kesian…meh baca nie…

PARIT: “Saya tidak sangka ada pihak sanggup menggodam dan memadamkan video miming yang melonjakkan nama saya,” kata ratu ‘miming’, Roshida Abd Aziz atau lebih popular dengan panggilan Cikgu Shida.

Cikgu Shida berkata, penggodam yang berjaya mengesan kata laluan miliknya memadamkan video miming lagu Kalau Berpacaran yang dimuat naik di laman Youtube sehingga mencecah sejuta pengunjung itu. 

“Saya kesal dan sedih dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu kerana hasil kerja seni saya terpadam begitu saja. 

“Namun saya tidak patah hati dengan kejadian itu yang berlaku dua bulan lalu. Peminat bagaimanapun boleh menyaksikan video itu di blog baru saya iaitu ‘Cikgu Shida Miming Art’ menggantikan ‘Cikgu Shida dari Parit’,” katanya

Cikgu Shida yang juga guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah, dekat sini, berkata melalui blog itu peminat boleh melihat 67 klip video miming nyanyian pelbagai artis popular tanah air, termasuk dari Indonesia.  

sumber :  Harianmetro

                 
 Apa- apa pun sabar jer cikgu shida, orang memang tak senang dengan apa yang kita ada,orang sekeliling ni memang suka dengki dengan apa kelebihan kita ada…herm..



Kategori: biasa biasa | google eats:

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge