Sinopsis Filem Kl gangster 2

Sinopsis prekuel Filem Kl gangster 2



Filem Kl gangster  yang pertama berjaya mengukuhkan kehebatan filem melayu di malaysia dan singapura,kali ini samsul yusof anak kepada taiko perfileman melayu iaitu yusof haslam akan muncul dengan prekuel kl gangster 2 yang masih dalam proses pengambaran sekarang ini


sinopsis filem kl gangster 2 prekuel ini lain dari sinopsis filem kl gangster 1 kerana kali ini filem ini membawakan kisah kehidupan malek sebelum beliau terlibat dan bagaimana beliau boleh terlibat dengan king


sinopsis filem kl gangster 2


Dua beradik, Malek lakonan Aaron Aziz dan Jai lakonan Adi Putra telah terjebak dalam kegiatan gangster secara tak langsung lepas kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Oleh kerana kehidupan mereka susah, mereka diugut dan diburu oleh gangster yang meminta hutang ayah mereka dulu.

Mereka hidup dalam kesempitan wang bersama ibu (Ku Faridah dan adik perempuan (Shera Iskandar). Jai mula liar kerana mahu mendapatkan wang walau dengan apa cara sekalipun.

Walaupun Malek menentang keras tindakan Jai tetapi Jai tidak mempedulikan nasihat Malek, Malek mulai risau dan tertekan ditambah lagi ibu mereka menghidap penyakit barah.

Shera telah diperkosa oleh Tailong (Rosyam Nor) seorang gangster besar di KL dan giat menjalankan kegiatan haram, semua gangster-gangster akur dengan perbuatan Tailong yang digeruni kerana kekuasaan pengaruhnya.

King (Ridzuan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof) merancang untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan cuba menjatuhkan Tailong. Mereka telah mendapatkan bantuan Malek yg jugak rakan baik King. Malek ditawarkan ganjaran yg besar, Malek tidak menolak kerana memikirkan kos perubatan yang perlu ditanggung untuk merawat ibunya.

King mula kuat dan berpengaruh dengan bantuan Malek, tetapi Malek telah dibenci dan dihalau oleh ibunya kerana tidak menyukai perbuatannya terlibat dengan kegiatan gangster.

Sementara itu Tailong rasa tergugat dan merancang untuk menhapuskan Malek dan King, berlaku lah pertempuran hebat antara Tailong dan kumpulan King, mereka hampir kalah kepada Tailong tetapi terselamat apabila polis tiba.





Malek ternampak tatto di badan Tailong sama dengan tatto pembunuh ayahnya, dan bermulalah dendam Malek kepada Tailong. Berjayakah Malek membalas dendam atas kematian ayahnya di tangan Tailong dan apakah kesudahannya?





bersama-sama kita saksikan filem ini dipawagam bila ianya siap nanti….kita akan saksikan pertempuran hebat antara malek dan tailong….dalam kl gangster 2 prekuel





Kategori: Filem |

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge