Persepsi yushi tentang nur amalina che bakri




nur amalina che bakri ? ya nur amalina che bakri siapa lagi takkan  yushi nak cakap pasal maria ozawa pulak,ataupun cerita doraemon dalam tv,tak pun cerita naruto dan kawan kawan dia sedang bertarung tak gitu ?

realitinya dulu yushi kagum dengan nur amalina che bakri, percapaian yang cemerlang gemilang dan terbilang kata pm masa tu datuk sri abdullah ahmad badawi

tapi kini, nur amalina che bakri mula bergambar seksi, dulu dan sekarang lain mula ikut budaya barat ? oh tidak, gambar seksi  nur amalina che bakri yang konon dicuri oleh sesetengah pihak dari facebook nya, tidaklah dikatakan dicuri, sebenarnya gambar itu disiarkan secara public jadi mana-mana orang yang dengki akan gunakan gambar itu sebagai isu

apa pandangan yushi ? herm yushi tidak menyalahkan nur amalina che bakri dalam hal itu lebih lagi pengakuan ibu nya tentang gambar itu dibawah ini

Segalanya telah terungkai, ibu Amalina telah menjawab mengenai isu ini “Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.IBU AMELINA Gambar: Nur Amalina Che Bakri Seksi?“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.
Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.
Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.
“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya. – Sumber BH


bagi yushi itu hak nur amalina che bakri untuk bergambar dengan gayanya, gambar nur amalina che bakri yang dikatan seksi itu,tidak seksi yushi tengok..ada tunjukkan bahagian badan sensitif ? tak ada kan ? so buat apa nak dijadikan isu ? orang yang sengaja menjadikan gambar itu isu memang sengaja nak cari publisiti murahan dan kemungkinan akibat cemburu yang dirinya tidak dapat menandingi kejayaan nur amalina che bakri, atau anaknya tidak dapat menandingi nur amalina che bakri..mana tahu kan ?



banyak blog kutuk nur amalina che bakri,dah memang sah pemilik blog tersebut adalah pemilik blog yang gagal spm…bla..bla bla dan tak dapat masuk kolej atau universiti…hahaah..


p/s : nur amalina che bakri tu manusia biasa bro…tak payah korang nak kawal dia…


apa pandangan anda ? jangan malu malu bagi komen..yushi tak hack akaun orang..hehheh



Kategori: biasa biasa, Personal |

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge