Filem Kl Gangster 2 Mendapat Perhatian Antarabangsa Dan Dunia

Fuhh dalam diam ruapanya, filem kl gangster 2 mendapat perhatian syarikat antarabangsa, tahniah buat shamsul yusof

bagaimana yushi tahu perkembangan semua ni ? ok ini berdasarkan petikan dari blog shamsul yusof sendiri

petikan dari blog shamsul yusof

Hari ini hari santai buatku setelah hampir lebih sebulan berhempas pulas bersama pasukan KL GANGSTER 2.Sebelum aku meneruskan penulisanku,sedikit info kemaskini mengenai KLG2,file mini sudah 85% siap penggambarannya dan aksi-aksi lagak ngeri dan aksi-aksi yang melibatkan letupan sudah hampir siap sepenuhnya.Syukur kerana tenaga kerja KLG2 semua meletakkan 101% tenaga dan komitmen dalam penghasilan filem pre-kual ini.TERIMA KASIH!

Buat pengetahuan semua juga,filem KLG2 rupanya dalam diam dipantau oleh syarikat-syarikat filem antarabangsa kerana aku menerima beberapa e-mail daripada pihak mereka menyatakan kesudian mereka dalam menjadi rakan kongsi dan  mahu berkerjasama dalam menghasilkan filem usaha-sama 2 negara yang bertaraf antarabangsa buat pasaran dan tontonan global.Dalam festival filem antarabangsa Hua Hin,Thailand yang lepas juga aku dikhabarkan KL Gangster telah berjaya menambat hati penggiat filem Asia dan Eropah.Ini petanda bahawa filem-filem kita sudah mula mendapat perhatian antarabangsa dan tidak mustahil sama kali,suatu hari nanti mampu ke layar global dan dipertontonkan di seantero dunia.InsyaAllah!

sumber : blog shamsul yusof

ini beerti karya shamsul yusof akan disiarkan diseluruh dunia suatu masa nanti..tahniah shamsul !



Kategori: Filem | google eats:

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge