Adakah Felixia Yeap memeluk islam ?

Assallamualaikum 

Dah jadi hot trending di google,twitter dan facebook apabila seorang model iaitu Felixia Yeap yang dulu gambarnya pernah terpampang di Majalah Playboy telah menjadi perbualan panas diseluruh malaysia apabila Felixia Yeap muncul dengan gambarnya yang memakai hijab

Siapa sebenarnya Felixia Yeap ni ? yang sebenarnya Felixia Yeap ni adalah seorang warganegara Malaysia,berbangsa Cina,dia adalah seorang Model Profesional. yang gambar seksi beliau pernah menghiasi beberapa majalah.popular termasuk Majalah Playboy antarabangsa

Apa yang kita lihat sekarang Felixia Yeap sudah berhijab,itu yang membuatkan nama Felixia Yeap agak trending sekarang.
dengar katanya dia suka tengok orang berhijab,dan sekarang dia dalam proses untuk menutup aurat.

Aku melihat kehadiran Felixia Yeap dengan pakaian berhijab ini adalah satu perubahan yang besar ,dan mungkin akan memberi impak terhadap para artis melayu kita yang nama islam,tapi paha terdedah berkilat, sampaikan leleh air liur mat mat bangla jual karpet bila datang kerumah


Felixia Yeap

Adakah Felixia Yeap Masuk sudah memeluk agama islam? namun tiada siapa yang tahu,kalau korang follow Facebook Felixia Yeap memang korang dapat lihat dengan lebih jelas yang Felixia Yeap dalam proses ke arah itu,






Felixia Yeap

Felixia Yeap


Ramai jugak antara orang melayu kita yang rasa diri lebih hebat dan alim dalam bidang agama yang kecam Felixia Yeap ni,mana tidaknya dulu Felixia Yeap seorang model seksi,seluruh dunia tahu bentuk badan Felixia Yeap,kalau korang lihat banyak gambar-gambar seksi Felixia Yeap di Facebook yang  masih belum dipadam.

Felixia Yeap

Felixia Yeap


Bagi aku Felixia Yeap seorang yang jujur serta suka berterus terang,beliau tanpa segan silu mengaku pernah menjadi model seksi,dia kata kalau dia sorok gambar seksi sekarang,mungkin suatu hari nanti akan ada orang pertikai jugak, mesti akan ada orang upload juga bila dia dah popular

Ini kata-kata Felixia Yeap di laman blog miliknya

“Kalau Felixia, seorang model yang pernah masuk majalah Playboy boleh ikhlas nak tutup aurat, kenapa yang suka mengutuk tu tak boleh sedar diri sikit, learn to bertaubat sikit?”

Felixia Yeap

Felixia Yeap

Aku bersetuju dengan apa yang Felixia Yeap cakap ,memang betul apa yang dia cakap tu,kenapa ada orang kita nak kutuk?sekurang-kurangnya Felixia Yeap  mengaku yang dia dah berubah untuk menjadi seorang insan yang baik ,buat mereka yang suka mengkiritik tu pernah ke tidak korang buat perubahan besar macam yang Felixia Yeap buat ni? aku rasa ramai bangsa melayuku yang aku sanjungi masih lagi tidak sedarkan diri



Cuba korang lihat artis melayu islam kita,yang konon islam tapi paha terdedah,takdepun yang kutuk takder pun yang keji,yang sanjung ramai

Felixia Yeap


Satu perkara yang korang kena ingat,nak berubah ni bukan senang kita kena ada perngorbanan yang cukup besar.dan juga mengambil masa yang lama,kita kena sanggup terima cemuhan/kritikan dari orang sekeliling,
kalau kita cakap kita nak berubah  memang mudah,rasa macam makan kacang,tetapi susah nak melakukanya

Felixia Yeap




Aku amat menyokong perubahan pada Felixia Yeap,beliau seorang yang jujur dan berterus terang,mudah-mudahan Allah bagi hidayah buat Felixia Yeap,dan berharap Felixia Yeap dapat mencari suami yang dapat membimbing beliau kejalan yang diredhai Allah s.w.t

Kalau korang nak mengenali siapa Felixia Yeap korang  boleh singgah ke blog dan facebook Felixia Yeap.disini
 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge