Agaknya bila hukum hudud nak diamalkan dimalaysia ?

Assallamualaikum….

Aku dah bosan dengar kes kes jenayah yang berlaku dimalaysia,aku bosan banyak undang-undang berkaitan jenayah digubal contohnya pemansuhan hukuman gantung sampai mati bagi pengedar dadah

Yang ingin aku persoalkan,bila agaknya hukum hudud akan dilaksanakan dimalaysia ? brunei dan negara islam lain sudah,malaysia bila lagi ? kalau ada hukum hudud ,barulah aman malaysia ni

Hukum hudud potong tangan

Kita sebelum ni mendabik dada pada dunia yang malaysia ni adalah negara yang aman, memang aman tapi aman bukan sepatutnya,kalau setakat aman dari pengganas,letupan bom,pelampau itu adalah aman suku sahaja bukan aman sepenuhnya

Rakyat mula keliru tentang perkataan aman, aku ingin persoalkan kepada rakyat malaysia beberapa soalan

  1. Agaknya bagaimana perasaan korang bila beg tangan bini korang kena ragut oleh peragut,lepas tu pulak bini korang mati diheret oleh peragut ?
  2. Agaknya bagaimana perasaan korang bila mak bapak korang ditetak oleh sekumpulan perompak yang merompak rumah korang ?
  3. Agaknya bagaimana perasaan korang bila adik perempuan kesayangan korang dirogol sampai mati oleh perogol
  4. Agaknya bagaiman perasaan korang bila dapat tahu adik korang mengandung anak luar nikah ?
  5. Agaknya bagaimana perasaan korang bila bini korang mengandungkan anak bukan benih korang ?
Adakah korang akan bergembira dan bertepuk tangan ? adakah korang akan melompat kegembiraan ? mungkin korang akan rasa tidak aman,tidak tenteram dan rasa sakit hati bukan ?
Hukum hudud diacheh
Kita war-warkan pada dunia negara kita negara islam,yang diperintah oleh orang islam sebagai perdana menteri, tapi bila bab nak mengamalkan hukum islam, pemimpin kita takut kepada yang bukan islam,pada kuasa barat ,lihat sahaja pada alasan yang tak cukup logik mereka keluarkan ? adakah cukup logik ? tak wajar diadakan dimalaysia sebab dimalaysia berbilang kaum berbilang agama,logikah alasan itu pada kamu semua ?
Aku menulis disini bukan kerana aku nak menghasut,jauh sekali tidak,tapi aku amat kesali sikap para pemimpin kita
Alasan tak cukup logik mereka berikan,sudah buat aku meluat,nak muntah
Rakyat malaysia sudah bosan dengan jenayah yang tiada henti berlaku dimalaysia,yang membunuh kadangkala boleh terlepas begitu sahaja, sedangkan keluarga yang jadi mangsa terus ternaiyaya
Demontrasi
Bila rakyat berdemontrasi

Rakyat nak buat demontrasi pasal membantah kenaikan harga barang, tapi ada pulak yang menuduh itu adalah demontrasi nak gulingkan kerajaan apa cerita ? demontrasi biasanya dibuat bila rakyat dah bosan besuara melalui pelbagai medium seperti,facebook,blog,twitter dan lain-lain
Rakyat sebenarnya bosan bila suara mereka tidak diambik endah,tidak diambil kira dan tidak dipedulikan
mereka cukup bosan dan bosan media elektronik seperti tv semuanya pro kerajaan, ada tak tv3 ,rtm astro membuat slot siaran suara rakyat ? luahan hati rakyat ? pendapat rakyat ? ada pun mereka buat mereka akan tapis,
Aku tidak menyokong pembangkang,sebab ahli keluaraga aku semua undi BN,tapi seandainaya ada pihak berpengaruh dari PAS yang beri borang keahlian masuk PAS pada aku,aku sanggup terima dan isi borang tu
Kalau aku ingin menyokong PAS,adakah aku akan dilabelkan oleh penyokong BN sebagai jahat ? sebab aku sering melihat para penyokong BN akan memandang penyokong pembangkang sebagai jahat,
Sedangkan banyak lagi orang jahat diluar sana tapi tak dianggap sebagai jahat
Aku hanya meluahakan rasa kesal aku….
salam untuk semua
ishak hasimi



Kategori: Uncategorized | google eats: , , ,

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge