Pertama Kali Shoping Di Lazada.com.my (Azean Irdawaty Meninggal Dunia)

Assallamaulaikum

Sebelum tu,aku nak ucapkan takziah kepada keluarga primadona melayu iaitu Azean Irdawaty diatas pemergian Allahyarhamah. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Azean Irdawaty yang telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.25 malam tadi. Allahyarhamah berusia 62 tahun dan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Azean Irdawaty Meninggal Dunia

 Ok berbalik kepada tajuk asal,aku terkejut bangun dari tidur pukul tiga pagi tadi,al maklumlah setelah penat seharian berjalan-jalan dekat bandaraya kuching,balik rumah aku terus rebahkan diri ke tilam terus tidur,tiba-tiba pukul 3 pagi terus terjaga sebab nak buang air kecil kejap kat tandas ( iyalah takkan nak buang kat tingkap)

Maka perasan boring yang melanda jiwa pun datang, jeng jeng jeng, aku tanpa rasa segan silu terus pasang celcom portal wifi dan on netbook lepas tu login facebook, ish ish mata aku terus tertumpu pada iklan lazada.com.my yang terpampang dekat facebook iklan dia promosi diskaun bagi pembelian Kogan HD Digital Video Camera 8MP Silver.

Dengan harga yang memikat hati aku RM 99.00 wau !! kalau ikutkan harga asal dia RM 399 so kalau harga dekat sarawak ni maybe RM 699 macam tu kot, aku mula fikir beberapa kali nak beli atau tidak, duit dalam akaun maybank memang cukup untuk beli satu sebab Harga dia RM 99.00 + RM 15.00 bayar pos ke sarawak so, semuanya RM 114.00

Aku amat tertarik dengan kamera video ni lagi pun aku memang suka buat video yang pelik-pelik heheh,tapi aku tidak suka buat video lucah melayu haha,nampakan permainanya disitu ?

Ok korang boleh lihat video amateur yang aku buat dekat sini,tapi video ni aku rakam guna samsung galaxy young jer,lepas tu edit guna cyberlink power director dan buat kesan khas guna adobe affter effect


walaupun video ni tak best buat korang hehhehehhe

Ok ini adalah pengalaman pertama aku shopping di Lazada.com.my, service dia cepat dan memuaskan,insyallah dalam masa 3 hari datanglah kamera video idaman aku tu hhehe

dibawah aku kongsikan beberapa gambar bagi Kogan HD Digital Video Camera 8MP Silver

 Kalau korang berminat untuk membeli produk dari lazada.com.my boleh lah layari laman web shopping online no 1 dimalaysia ini dengan melayari link  lazada.com.my

salam 1 malaysia



Kategori: Uncategorized | google eats: , ,

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge