Sabah bakal Dilanda Tsunami ?

 Assallamualaikum

Adakah sabah bakal dilanda Tsunami seperti yang berlaku di Acheh pada tahun 2004 ?

Pada 24 haribulan yang lalu berlaku sekali lagi satu fenomena aneh disabah iaitu, Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, pada hari itu  dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.


Fenomena aneh yang telah mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, Sabah kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan

Menurut sumber  kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.
“..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.
“Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.
“Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut,” katanya.

Berdasarkan rekod, sebelum kejadian kejadian tsunami yang melanda  Acheh pada 26 Disember 2004 yang dimana turut terjadi tanda-tanda pelik sebelum berlakunya bencana alam tersebut.

Persoalanya,adakah Sabah bakal dilanda Tsunami ??

Berdasarkan dari sumber www.sinarharian.com.my

salam satu malaysia



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge