Dua Orang Nelayan Kampung Sungai Ladong Mati Lemas Di Sadong Jaya

Pihak nelayan kampung iboi turut berkerjasama

Assallamualaikum

Dua dari lapan orang nelayan dari kampung sungai ladong  mati lemas akibat dihanyutkan arus muara yang deras ketika mencari kerang di tebingan sungai sejaie pada 15 januari 2014

Lapan orang nelayan dari kampung sungai ladong mencari kerang ditebingan sungai sejaie sebagai mata pencarian berikutan pada musim ini kerang banyak membiak di beberapa kawasan daerah asajaya dan sadong jaya,perahu yang mereka naiki pada mulanya mengalami kebocoran dan karam, lapan orang nelayan itu cuba menyelamatkan diri  dari dihanyutkan arus deras dengan berenang menuju daratan

Namun nasib tidak menyebelahi kepada dua dari orang lapan orang nelayan tersebut,apabila mereka berdua mati lemas dan hilang dihanyutkan arus deras tersebut,

Operasi mencari mayat mangsa dimulakan pada hari itu juga dengan kerjasama dari pihak krt,jpa, nelayan kampung iboi dan pihak nelayan kampung sejaie

Pada hari khamis 16 haribulan operasi mencari mayat mangsa masih diteruskan namun gagal menemui mayat mangsa,mudah mudahan pada hari jumaat ini mayat mangsa dapat dijumpai

salam 1 kangkung



Kategori: Uncategorized | google eats: , ,

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge