Bagi aku perempuan ni dah lama mati

Assallamualaikum….

Rasa sedih,pedih semuanya ada ish…baben betul,bila dalam keadaan lonely macam ni serta terlalu banyak pikir beginilah jadinya mesti aku teringat dengan nama orang yang aku dah lama kenal ,rasa nak hantuk kepala kat dinding pun ada jugak tapi oleh kerana diri ini masih lagi dapat berpikir secara waras maka tak jadilah untuk diri ini melakukan perbuatan bodoh macam tu

Aku ni kalau sayangkan seseorang pun satu hal, ini tidak suka buat kerja bodoh sayangkan orang yang takda perasaan dengan kita tak ke naya macam tu siapa yang nak menjawabnya

Aku ni kalau dah lama sangat berkawan dengan seseorang tu mesti dalam hati ini akan wujud perasaan sayang namun malangnya aku ni suka syok sendiri atau dalam perkiraaan roda kereta berpusing bertepuk sebelah tangan

Suka sangat memaksa ini jadinya, kawan jadi lawan, sayang jadi dendam sakit hati bla..bla bla

Risau jugak aku dibuatnya mengapa Allah s.w.t tidak buangkan dan hapuskan nama perempuan tu dalam hati aku, aku cuba berusaha menghapuskannya namun segalanya sia-sia

kadangkala aku pikir aku sedar diri aku siapa,aku  insan yang suka bertepuk sebelah tangan
bila umur dah 28 ni pun tiada kekasih hati tiada rezeki untuk kerjaya tetap membuatkan aku terpikir balik kalaulah keadaan aku tak berubah sampai umur aku berusia 30 atau 31 tahun, aku tidak akan mengejar semua ini lagi, aku tidak akan mengejar cita-cita aku lagi,aku tidak akan mencari cinta hati lagi dan semua hal keduniaan aku tak nak lagi

Mungkin umur aku 28 ini, aku harus pikir ,yang aku harus mengejar cita-cita akhirat,kadangakala bila dengar pasal akhirat aku sedih menangis, sejadah dah berapa tahun aku tak sujud menciumnya, sejak habis kolej hari tu, ini dah bermakna dah 5 tahun aku tak mencium tikar sejadah..astagafirulahalazim..

mengapa begini jadinya ishak, mengapa ?

Aku cuba melupakan perempuan ini dengan pelbagai cara contohnya seperti grafik yang aku buat dibawah

Ok,aku minta maaf jika pemilik nama sebenar terbaca entri dalam blog ini, nama bapa/keluarga tidak perlulah aku bagitahu, sebenarnya aku ada tujuan untuk melupakan perempuan ini, perempuan ni tak tahu apa sebenarnya yang terdapat dalam hati aku

Biar aku perjelaskan disni, sebenaranya sejak dari mula perkenalan dari aku form 4 lagi aku dah lama menyimpan niat terhadap perempuan ni, bukan niat tak bagus tapi niat yang bagus. niat aku kalau perempuan  ni lama berkawan dengan aku (kawan biasa jer,bukan bercinta),aku berhajat nak ambil dia jadi isteri aku suatu hari nanti, tup tup dekat 10 tahun aku berkawan dengan dia, habis kolej hari tu aku bukan main semangat lagi.,dalam hati dah melonjak kegirangan yang tak lama lagi niat aku akan jadi kenyataan (kira teringinkan impian cinta lepas nikah)

Malang sungguh nasib aku,segalanya hancur lebur.aku tawakal,berusaha namun sia sia..aku jadi stress dan cepat marah dek kerana segala niat aku hancur lebur punah ranah

Keputusan untuk aku membenci perempuan seperti nama dalam grafik diatas mungkin satu tindakan yang betul bagi aku, makin sakit hatinya dengan tindakan yang aku buat mungkin dengan senang aku akan untuk melupakanya

Bukan apa,aku tak nak suatu hari nanti aku merana sedih, jika perempuan yang kita impikan jatuh ketangan orang lain

Mungkin dia anggap aku ni psiko,biaralah dia cakap macam tu,jika ianya satu cara untuk aku melupakanya walaupun sampai sekarang usaha aku untuk melupakaknya sia-sia

Dia tak faham apa dalam hati aku,dia tak faham….



Kategori: Uncategorized | google eats:

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge