Bila dua ekor kucing hitam meminta makanan di kedai makan

Assallamualaikum…

Kelmarin 3 haribulan 2 tahun 2014, aku dan bapak aku pergi ke pekan asajaya untuk cari racun dan aku pulak sempat beli sim xpax 1 malaysia yang berharga RM 50.00, hari tu aku ada tanya harga sim xpax 1 malaysia ni di indiastreet kuching, diorang jual memang tahap gila baben RM 100.00 ,gila ah pencekik darah tol diorang nih

Setelah racun yang bapak aku cari takde, sebab hari isnin kelmarin kedai cina banyak belum buka sebab diorang masih lagi sambut tahun baru cina dan aku pulak dah dapat barang yang aku hajatkan maka aku dan bapak aku pun pergi singgah sekejap kat kedai makan kat situ untuk makan tengahari, dah order semua air dan nasi goreng ayam maka masanya untuk makan

Tengah syok suap nasi ke mulut,tetiba jer ada rasa sepasang tangan berbulu hinggap ke paha, tengok tengok si kucing hitam,badan pulak besar tapi muka comel ,mengeong meminta makanan sambil mata merenung aku meraih simpati

Tak sampai hati pulak aku lihat si kucing hitam ni, rasa nak keluar air mata tengok kucing tengah kelaparan begini dan bagaimana pulak rasanya bila aku kat tempat kucing ni,mengeong meminta makanan kat pelanggan kedai makan tu, mula mula aku bagilah hujung sayap ayam yang masih ada isi, memang aku belum makan pun isi ayam tu aku bagi terus kat kucing hitam tu, tengok dia cium lepas tu dia sepak sepak ke tepi sebab tak nak makan,lepas tu tangan dia naik lagi atas paha aku untuk meminta makanan ,aih aku pun naik heran apa yang si kucing hitam ni mahu ?

Lepas tu datang pulak kawan si kucing hitam ni tadi bulu warna hitam gak,tapi badan kecil sikit dari kucing hitam pertama tadi, dia nampak jer ayam yang aku bagi pada kucing hitam pertama tadi dia terus jer rembat dan makan dengan lahapnya, kucing hitam pertama tadi masih lagi memintak sesuatu dari aku, tulang ayam sisa yang aku makan,aku bagi kat kucing hitam yang pertama tadi,dia dapat er tulang ayam tu dia makan dengan rakus,oh baru aku faham dari tadi rupanya dia hanya nak tulang ayam jer

Kucing hitam dua ekor tengah makan

Aku yang dah selesai makan,kumpul semua sisa tulang ayam yang aku dan bapak aku makan dan bagi terus kepada kucing hitam dua ekor tu, setelah makan sampai kenyang kucing hitam ekor tu sempat gak pandang aku sebelum berlalu pergi, sambil sempat juga aku tangkap gambar dua ekor kucing hitam tu

Sempat lagi pandang aku sebelum berlalu pergi

Apa-apa pun kepada korang kalau makan kat kedai makan tu,kalau ada kucing datang mintak makan,jangan kedekut nak bagi, dia bukan nak minta sepinggan pun nasi kat korang,tapi hanya mintak tulang ayam atau tulang ikan jer k.

ok salam satu malaysia…



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge