Bila Muhyiddin Yassin suruh beli ikan sejuk beku aku terpaku

Assallamualaikum

Kah kah hari tu isu Datuk Najib dengan kangkungnya hari ini pulak isu Muhyiddin Yassin dengan ikan sejuk beku nya ?

PUTRAJAYA – Rakyat negara ini digalakkan untuk membeli ikan sejuk beku yang diimport kerana harganya lebih murah berbanding ikan segar tempatan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun harga ikan sejuk beku yang diimport murah, namun kualitinya terjamin dan tetap sama dengan ikan segar tempatan. – KOSMO!

Haha, assallamualaikum Tan sri Muhyiddin Yassin yang budiman rasanya elok kalau Tan sri perbetulkan saranan Tan sri  tersebut supaya tidak menjadi bahan ketawa dan cacian rakyat



mungkin Tan sri  silap sebab memberi saranan tersebutsebab kemungkinan saranan tersebut boleh memalukan pihak kementerian berkaitan sebab kementerian berkaitan giat mempromosikan kepada orang awam agar memilih makanan yang segar bugar

ikan sejuk beku



Apa Tan sri  ingat dengan saranan tersebut rakyat akan sanjung Tan sri dan puji pihak kerajaan ? 

Rakyat ni pun nak makan jugak Tan sri,sudah tentu mereka nak ikan segar tempatan yang segar bugar wahai Tan sri yang budiman

Belum habis lagi isu kangkung yang Datuk Najib sebut hari tu ni muncul pulak isu Tan sri Muhyiddin Yassin  sarankan rakyat negara ini membeli ikan sejuk beku yang diimport kerana harganya lebih murah dari ikan segar tempatan

Lain kali Tan sri kena pikir baik baik dulu sebelum memberi saranan, sebab Tan sri kan bakal peneraju pemerintahan negara jika Datuk Najib tidak memegang tampuk pemerintahan negara lagi


Saya ni sebagai blogger pun berhak bersuara wahai Tan sri, saya ni nak kata blogger pro pembangkang pun bukan blogger pro barisan nasional pun bukan Tan sri

Saya ni ishak hasimi hanya blogger biasa rakyat biasa sahaja, saya sebagai rakyat ada hak bersuara tentang  hal ni Tan sri sebab kami (rakyat) yang mengundi kerajaan dalam pilihan raya akan datang


Kalau kami (rakyat) tidak mengundi kerajaan barisan nasional maka macam mana barisan nasional dan umno nak teruskan berkuasa  ? betul tak Tan sri ?

Tidak salah kalau saya bersuara betul tak Tan sri ? janganlah Tan sri marah pulak ye, nanti tak hensem lagi muka Tan sri nanti…

salam satu malaysia Tan sri




Kategori: Uncategorized | google eats: , , ,

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge