Broadband celcom tiada lagi unlimited data

Assallamualaikum

Hari tu pertengahan bulan Febuari,aku tanya dengan pihak khidmat pelanggan celcom, kenapa data bagi broadband celcom 1 malaysia yang harga dia RM 25 untuk 1GB tu cepat habis sebelum habis 1 bulan? walaupun aku tak download apapun ?

Maka dengan penuh hikmah dan rasa kasih sayang,pihak khidmat pelanggan celcom pun menjawab dengan jayanya, “Encik ishak data 1GB tu untuk sebulan jer encik,setahu saya kalau encik dah capai had penggunaan memang macam tu encik” eh ? aku bercakap dengan siapa eh ? aku sabar,simpan jer dalam hati dulu, aku tunggu jer sampai habis internet untuk tempoh 1 bulan langganan.

Kelmarin, aku aktifkan 1 bulan lagi rm 25.00, line kejap ada,kejap takde aku pun tak tunggu masa,malam ni kena call celcom, ok aku pun call khidmat pelanggan celcom dan tanya kenapa line tak ok,diorang balas maybe line kawasan problem dan akan ok tak lama lagi

Aku pun ambil kesempatan untuk bertanya lagi hal yang sama kenapa data bagi broadband celcom 1 malaysia yang harga dia RM 25 untuk 1GB tu cepat habis sebelum habis 1 bulan ?

Maka pihak khidmat pelanggan celcom pun menjawab “Ada kemungkinan encik ada buka gambar,facebook dan menonton video”

Aku yang tak puas hati tanya lagi “eh dulu kan unlimited data ? ” sebab dulukan ada promosi besar-besaran orang yang jual sim 1 malaysia ni unlimited data. jawab khidmat pelanggan celcom ” Itu dulu encik ishak sekarang celcom dah ada kouta, kalau dah habis kouta encik boleh tambah lagi dengan membeli kouta tambahan”

Aku yang masih tak puas hati,tanya lagi “Hari tu kawan saya pakai celcom monthly MI38 boleh download macam-macam kenapa ?” . Pihak khidmat pelanggan jawab ” MI38 lain encik data dia 1.5.gb sebulan”

Arghh aku tak puas hati juga dan tanya lagi kali “Apa pulak beza 1.5 GB dengan 1GB ? cuma data lebih 500 mb jer kan ?” pihak khidmat pelanggan celcom menjawab “ye saya encik”

Arghh..pihak khidmat pelanggan celcom ni tahu ker ? ruppanya celcom ni pencekik darah,menyakitkan hati,kalau ikutkan hati aku dah lama aku guna ALTEL,lagipun ALTEL lebih bagus dari CELCOM, yang masaalahnya reload ALTEL susah nak beli secara online melaui Maybank2u

Wtf ! aku sakit hati dengan celcom !



Kategori: Uncategorized | google eats: , , ,

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge