Kesal dengan spekulasi tentang kehilangan pesawat Boieng MH370

Assallamualaikum

Kehilangan pesawat Boieng MH370 milik penerbangan  malaysia berhad (MAS) masih lagi menjadi tanda tanya, sehingga masa ini proses mencari serta menyelamat penumpang dan anak kapal masih diteruskan

Tapi yang aku kesal sangat adalah dengan beberapa spekulasi negatif sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab, kalau spekulasi tentang rampasan pesawat oleh pihak pengganas,pesawat meletup diudara,pesawat terhempas dan tenggelam dilautan, itu boleh diterima akal sebab ianya adalah antara risiko dalam industri penerbangan serantau

Spekulasi dari sekolompok kecil penyokong parti pembangkang yang mempolitikan kehilangan pesawat Boieng MH370 adalah satu perkara yang aku paling kesali, mereka ini boleh dikategorikan sebagai menangguk di air yang keruh,ingin diperhatikan, padahal mereka tidak sedar tindakan mereka seolah-olah menyamakan mereka dengan tapir,tapi kalau diikutkan tapir lagi mulia dari mereka

Dalam suasana kita rakyat malaysia yang tengah bersedih tentang kehilangan pesawat tersebut,lebih-lebih lagi ada dikalangan kita rakyat malaysia ni ahli keluarganya berada dalam pesawat tersebut,kita tidak tahu bagaimana perasaan mereka bila mendengar dan membaca spekulasi dari sekelompok kecil penyokong parti pembangkang ini ?

Kita semua rakayat malaysia harus bersatu dalam hal seperti ini, tak usah kita nak menyalah sesetengah pihak

Semoga penumpang dan anak kapal pesawat Boieng MH370 berjaya ditemui….amin..

salam blogger sarawak



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge