Pesawat #MH370 Tergantung Diantara 3 Buah Negara Itu Tidak Mustahil Boleh Berlaku

Assallamualaikum

Sebelum ni korang baca dulu petikan artikel dari sebuah media tempatan ni

Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.
“Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.

“Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib”, katanya semalam.

Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.

Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.

“Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.

“Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,”katanya.

Sekilas pandang, cuba korang ingat  kisah ashabul khafi  : 7 pemuda tertidur selama 309 tahun ? kuasa Allah s.w.t tidak terbatas dilangit dan dibumi sebab kuasa Allah s.w.t sungguh hebat

Dan adalah tidak mustahil tentang kehilangan pesawat MH370 yang didakwa oleh Raja Bomoh Malaysia yang ianya tergantung diantara 3 buah negara, sebab ianya bukan sesuatu yang pelik sebab secanggih mana pun teknologi ciptaan manusia tidak dapat menandingi kekuasaan Allah s.w.t

Apa yang aku tulis disini bukanlah satu spekulasi tetapi ianya sekadar pandangan aku sebagai insan biasa dan
kita boleh lihat perjanjian Iblis & syaitan kepada Allah s.w.t yang mereka beranji akan menyesatkan anak-anak adam sehingga hari kiamat
Ada hikmah disebalik kehilangan pesawat MH370 ini,dan tidak mustahil ini kerja Iblis & syaitan ,sebab mereka boleh menyebabkan pesawat MH370 tersebut mengapung diudara dan hilang dari pengesan radar serta tidak boleh dilihat dengan mata kasar,kerana itu semua dengan izin Allah s.w.t sebab kita tidak tahu mungkin Allah s.w.t ingin menguji keimanan umat islam dimalaysia ketika ini
Aku mohon maaf jika pandangan aku ini tidak sehaluan dengan pandangan korang yang mempunyai pendidikan yang tinggi dari aku,sebab aku ni hanya kelululusan sijil kemahiran malaysia dalam bidang grafik jer,tak macam korang yang mempunyai ijazah sarana muda,diploma,master serta phd
Aku juga memohon setiap pandangan korang melaui blog ini,pandangan korang boleh diluahkan melalui ruang komen dibawah
Salam satu malaysia
“Marilah kita doakan keselamatan penumpang , dan anak kapal pesawat MH370”




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge