Apa pandangan aku mengenai kenyataan mawar ?

Assallamualaikum…

Beberapa hari yang lalu telah menjadi trending di media sosial tentang kenyataan isteri kepada fizo omar, iaitu mawar pemilik jenama FAREEDA dan juga pengarah urusan FAREEDA GLOBAL RESOURCES
SDN. BHD

Di media sosial mawar dikecam teruk oleh para peminat ekoran kenyataan yang berunsur nasihat yang telah di salah erti kan, paling sadis blogger blogger yang serupa anjing kurap turut mengecam mawar dan FAREEDA GLOBAL RESOURCES
SDN. BHD.

Yep kita kalau nak berfesyen pun ikut kemampuan,aku dah beberapa kali ulang membaca komen maklum balas dari mawar yang kononnya dikatakan menghina pelanggan yang tidak berkemampuan,namun apa yang aku perhatikan komen tersebut lansung tidak menyakitkan hati, sebab ianya boleh dikatakan positif dan ada unsur nasihat

Ada pihak sengaja menjadikan hal itu satu isu, al maklumlah orang melayu kita ni memang tidak suka melihat bangsa sendiri berjaya, ada saja yang tak kena, sampaikan peratusan bangsa melayu menguasai ekonomi negara boleh dikatakan 20 peratus sahaja

Mawar dan FAREEDA GLOBAL RESOURCES
SDN. BHD, mempunyai hak penuh terhadap hasil rekaan dari syarikat mereka, apatah lagi jenama FAREEDA dan tudung hasil rekaan mereka telahpun dipatenkan,dan menjadi satu masaalah adalah para peniaga yang menjual tudung tiruan tersebut,telah meletakan jenama FAREEDA untuk melariskan jualan mereka

Apa rasa korang bila hasil rekacipta korang  ditiru dan dijual oleh orang lain secara haram ?

Aku sendiri adalah melayu,aku rasa sentap dengan bangsa aku sendiri,ok imbas kembali bagaimana runtuhnya sebuah kerajaan yang dianggap sebagai antara kerajaan berpengaruh di asia suatu ketika dahulu iaitu kerajaan negeri melaka, adakah perlu kita menyalahkan portugis dan penjajah lain atas jatuhnya kerajaan melaka dan mengakibatkan kita dijajah sehingga 400 tahun ketika itu ?

Bagi aku,aku tidak menyalahkan portugis dan penjajah lain,tapi aku boleh menyalahkan bangsa melayu aku sendiri,akibat terlalu lemah,angkuh dan mementingkan sendiri kerajaan melayu kita jatuh,
sebab dari pandangan aku bangsa lain tidak dapat menjatuhkan bangsa melayu,yang menjatuhkan bangsa melayu adalah orang melayu sendiri

Ingat “Jatuh bangun bangsa melayu adalah dari bangsa melayu sendiri”



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge