Karpal Singh Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Maut

Assallamualaikum….

Ishakhasimi.com mengucapkan Salam takziah buat keluarga mendiang Karpal Singh diatas pemergian mendiang dalam satu Kemalangan maut di KM301.6
Lebuhraya Utara Selatan
berhampiran Gua Tempurung,
Gopeng lebih kurang jam 1 pagi
tadi (17 April 2014).

Mendiang Karpal Singh adalah seorang Peguam negara
yang juga Ahli Parlimen Bukit
Gelugor,
meninggal dunia dalam kemalangan
ini kerana kecederaan parah. kejadian ini disahkan oleh rakan terdekat
melalui Twitter.

Turut terkorban dalam kemalangan
berkenaan ialah pembantu peribadi
beliau, Michael Cornandez.

Anak mendiang Karpal Singh , Ram,
yang juga berada di dalam kereta
tersebut dan mengalami kecederaan
yang teruk.

Karpal dipercayai
dalam perjalanan dari Kuala
Lumpur ke Pulau Pinang kerana
perlu menghadiri satu kes
mahkamah. Kemalangan ini berlaku
apabila kereta jenis Toyota Alphard
yang dinaiki Karpal melanggar
sebuah lori yang cuba menukar
laluan tanpa memberi isyarat.

Salam takziah dari aku blogger ishakhasimi.com buat keluarga Karpal Singh



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge