Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia

Satu berita sedih menyelubungi industri hiburan negara apabila etelah sekian lama
menderita akibat ketumbuhan
sehingga menjadi kanser pada
pipinya,

pelakon Sidek Hussain, 63
akhirnya meninggal dunia di
Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini
kira-kira pukul 11.55 malam tadi,
Ahad 27 April 2014.

Sidek dimasukkan ke HKL pada 22
April lalu apabila keadaan kansernya
semakin serius pada tahap empat
sehingga komplikasi penyakit itu
merebak ke seluruh badan.

Allahyarham meninggal dunia di sisi
isterinya Sebiah Sulaiman, 61.
Sidek yang banyak berlakon dalam
drama-drama televisyen tempatan
sebelum ini pernah menerima
rawatan pakar di Hospital Sungai
Buloh dekat sini tetapi pihak doktor
tidak dapat melakukan pembedahan
kerana ia berisiko tinggi.

Selain kanser berkenaan, beliau
turut mengalami masalah jantung
dan paru-paru.
Allahyarham pernah membintangi
filem Karak terbitan KRU Studios dan
beberapa lagi filem tempatan.

Al-Fatihah dan takziah buat keluarga allahyarham



Kategori: Uncategorized | google eats: , ,

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge