Biodata Wanita Melayu Pertama Jadi Setiausaha Lim Kit Siang, Dyana Sofya

Assallamualaikum…

Panas sebentar dunia politik malaysia,apabila  Dyana Sofya anak kepada bekas Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia, iaitu Yammy Samad

Apa yang menjadi isu adalah rata-rata ahli keluarga Dyana Sofya adalah penyokong Umno, namun kedengaran hanya Dyana Sofya sahaja yang menyertai DAP

Dyana Sofya

Dyana Sofya Mohd Daud, atau dikenali sebagai Dyana Sofya adalah satu satunya wanita melayu pertama yang menjadi jadi setiausaha Lim Kit Siang , Apa yang aku dengar sebelum ini penyebaran sekeping foto palsu Dyana Sofya yang dikatakan hanya berbikini bersama beberapa rakan lain di kolam renang, beliau telah menerima kecaman teruk dari masyarakat malaysia

Malah ianya juga merupakan rentetan kepada tomahan yang diterima oleh Dyana Sofya selepas menyertai parti DAP tahun lalu dan telahpun mencatat sejarah menjadi wanita melayu pertama dilantik sebagai setiausaha politik kepada penasihat parti itu, Lim Kit Siang.

Nama Dyana Sofya seorang wanita graduan UiTM ini menjadi bahan bualan hangat peminat dan telah pun  menjadi trending di media sosial, maka aku dengan ini ingin berkongsi biodata ringkas Dyana Sofya untuk korang mengenali siapa Dyana Sofya

Nama Penuh : Dyana Sofya Mohd Daud
Umur : 27 Tahun
Asal : Ipoh, Perak
Agama : Islam
Status : Bujang
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda dari UiTM
Pengkhususan : Undang-undang (miliki firma guaman di Cyberjaya)
Kerjaya : Setiausaha Politik Lim Kit Siang Parlimen Gelang Patah
Ahli Keluarga : Ibunya, Yammy Samad, pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia

Ok apa pandangan ishak hasimi mengenai Dyana Sofya yang berasal daripada keluarga penyokong Umno tetapi Dyana Sofya sendiri telah menyertai parti DAP ?

Dari pandangan aku, disini aku menegaskan bahawa tiada salahnya Dyana Sofya untuk menyertai mana mana parti pun tak kira parti pembangkang atau parti barisan nasional sekalipun, itu adalah hak dia untuk memilih arah hala tuju politik dia, sesiapa pun tidak berhak untuk mengkritik atau memberi tomahan tak kira seorang itu paling berpengaruh dalam politik kerajaan, hak dia biarkaanlah, kan negara malaysia negara demokrasi

Tapi apa yang aku kagum dengan Dyana Sofya ni beliau yang berusia 27 tahun sudahpun memiliki firma guman di Cyberjaya

p/s : kalau banyak peguam yang join pembangkang tu,mesti bersebab, kenapa dan mengapa, nak kata kerana duit sebab itu mustahil..dan aku sebagai rakyat biasa ni harus diam jer…



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge