Marshanda Menuntut Cerai Dari Ben Kasyafani

Assallamualaikum…

Aku dengar yang Marshanda akhirnya mula berani memberitahu pihak media terutamanya para wartawan dan bloggers apa yang sebenarnya telah berlaku terhadap rumah tangganya dengan Ben Kasyafani . Marshanda bertekad untuk bercerai biarpun telah mendapat seorang anak hasil perkongsian hidupnya selama ini dengan Ben Kasyafani.


” Saya sudah fikir masak-masak . Saya berdoa , solat istikharah , berulang kali . saya bertekad untuk teruskan ini ( perceraian ) saya sudah berfikir masak-masak dan tidak mahu perkara ini ditangguhkan lagi , ” kata Marshanda , ketika sidang media di Studio Hanggar, Pancoran, Jakarta Selatan hari ini

Bintang sinetron Bidadari yang paling aku minat ini memberitahu bahawa  beberapa bulan terakhir perkahwinannya dengan Ben menghadapi konflik dan permasalahan yang gagal menemui jalan penyelesaiannya telah menyebabkan Marshanda terpaksa menuntut cerai dari  Ben Kasyafani.

” Tak lebih dari setahun ( ada masalah dengan Ben ) , tapi masaalah itu telah memuncak disaat tiga bulan terakhir , ” jelasnya .

Namun yang paling aku frust sangat , Marshanda masih enggan memberitahu kepada umum apakah yang sebenarnya menjadi penyebab dirinya menuntut cerai dari  Ben Kasyafani. Apatah lagi , usia perkahwinannya dengan Ben , masih beberapa tahun


” Kalau anda tanya ( apakah punca perceraian ) yang sudah banyak tersebar di media , saya tidak mahu membahas tentang hal itu lagi.dan saya juga tidak akan sebut kenapa .saya hormati itu jadi bahagian darinya . Saya mohon maaf saya tidak boleh mendedahkan apakah punca sebenarnya saya dan Ben Kasyafani. berpisah , ” katanya .

Marshanda telah mendaftarkan tuntutan penceraiannya ke Pengadilan Agama ( PA ) Jakarta Pusat pada hari Rabu , 23 April 2014 . Perbicaraan cerai pasangan ini akan berlangsung pada 13 Mei 2014 . Marshanda dan Ben Kasyafani sebelum ini berkahwin pada 2 April 2011 di Hotel Bidakara , Pancoran , Jakarta Selatan .

Takpe Marshanda….ishak hasimi ada hahahahah

p/s: buat manusia yang suka copy paste kat luar tu, aku dah penat dan sampai berbelit lidah aku translate artikel asal gosip ni untuk disiarkan pada blog aku ni,..please…,kalau nak jangan copy mentah mentah, ubah artikel sedia ada



Kategori: Uncategorized | google eats: , ,

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge