100 hari hilangnya MH370 adakah betul MH370 terhempas ?

Assallamualaikum…..

Sedih,terkejut melanda seluruh dunia dimana menghilangnya pesawat milik malaysia airlines MH370, dakwaan pesawat MH370 terhempas adalah tidak logik dan tidak masuk akal sama sekali, kalau kita lihat kebanyakan rakyat malaysia khususnya genarasi muda masa kini yang berpendidikan tinggi agak sukar percaya bahawa pesawat MH370 terhempas dilautan hindi apatah lagi aku yang hanya seorang blogger cap ayam yang hanya duduk berniaga petrol di kampung ni pun tidak percaya yang MH370 betul-betul terhempas

Disini ingin aku sebagai pemilik blog yang tak gah ini memberi sedikit pandangan dan apa yang aku pikirkan dari sudut peribadi,dan kepada sesiapa yang tidak sependapat dengan aku janganlah menghentam aku dengan komen yang bukan-bukan kalau boleh sila beri komen bagus dan membina

Persoalanya adakah betul pesawat MH370 terhempas ? serata asia tenggara misi mencari serpihan dan kotak hitam dalam tempoh 100 hari namun tiada apa-apa berita yang bagus di dengar,manakala berita yang tak bagus di dengar memang banyak

Hari Pesawat MH370 Hilang dari radar

Pesawat hilang dari radar ketika rakyat malaysia tidur,kenapa baru diumumkan setelah rakyat malaysia terjaga dari tidur dan setelah rakyat malaysia memulakan aktiviti masing-masing (faham tak apa aku yang aku maksudkan)

Pesawat MH370 Hilang begitu saja

Pesawat tersebut hilang begitu saja dari radar,agak menghairankan kenapa pesawat sebesar itu hilang tanpa dikesan begitu sahaja,yep kita mungkin mengandaikan pesawat itu tergantung diudara hanya allah s.w.t yang tahu, akan tetapi kita juga hairan mengapa pesawat tersebut lansung tidak menunjukan tanda-tanda mistik

Pesawat MH370 Terhempas

Rakyat malaysia sekarang ni bijak, cuma media tv saja yang pikir rakyat malaysia bodoh, MH370 kononnya terhempas dilautan Hindi, jauh betul pesawat tersebut melencong,kalau dipikirkan secara logik pesawat yang baru berangkat dari KLIA, baru keluar nak keluar dari kawasan malaysia ,tiba-tiba hilang dari radar,kononnya ada yang kata berpatah balik,kemudian ada yang kata ianya terbang rendah untuk mengelak dari radar, dan bermacam lagi ,lepas tu pulak tenggelam dan terhempas kat lautan hindi eh ??

Pesawat MH370 Meletup diudara

Konon ada yang kata selepas ianya hilang dari radar, tidak lama kira-kira 2 hingga 5  jam selepas itu pesawat itu meletup diudara, satu soalan yang ingin aku tanya pada semua kenapa ketika pesawat itu meletup rakyat malaysia dan tentera laut serta pihak marin yang meronda di kawasan peraiaran malaysia tidak terdengar apa-apa bunyi letupan dan nampak seperti pesawat terbakar diudara ? kalau ia pun ia meletup serta terbakar rakyat malaysia yang dan tentera laut serta pihak marin yang sedang meronda kemungkinan boleh terdengar atau nampak apa yang berlaku

Kalaupun jarak dia sedikit jauh kemungkinan bunyi yang agak perlahan boleh didengar

Serpihan MH370 hanyut kesuluruh asia tenggara dan lautan hindi dalam masa agak singkat

Persoalanya dalam masa yang singkat, serpihan pesawat MH370 yang begitu besar itu telah hanyut ke seluruh asia tenggara, aih pencarian kebanyak kawasan sampai ke autralia, kalau ke vietnam yang berdekatan memang agak logik, yang herannya  pesawat MH370 seolah sebuah pesawat yang dibuat dari kertas yang kemudiannya kalau dibakar ditempat tinggi, cebisan kertas dan abunya akan berselerak ke merata tempat akibat ditiup angin yang kuat

Anwar ibrahim dan MH370

Hari ini anwar ibrahim  disabitkan bersalah atas tuduhan kes liwat dan dikenakan hukuman penjara,esoknya pula pesawat MH370 hilang dari radar, kebetulan atau…erm malas nak komen pasal hal politik nanti tak pasal-pasal aku kena dakwa pulak

Kuasa besar yang bermusuhan begitu baik hati membantu

Apa yang aku mampu cakap “baik ada makna le tu”

100 hari hilangnya MH370 adakah betul MH370 terhempas ?

Pada pandangan aku, pesawat MH370 tidak terhempas, adakah anak kapal dan penumpang masih hidup ? ya anak kapal dan penumpang masih hidup namun wallahualam, allah yang maha mengetahui

Kalau kita ikuti perkembangan yang telah menjangkau 100 hari lebih kita boleh berpikir dan mengkaji mengenai hal itu, kalau kita kaji secara mendalam,keputusan yang kita dapat adalah pesawat MH370 tidak terhempas ,penumpang dan anak kapalnya yang masih hidup hanya allah sahaja yang mengetahui, namun secara teorinya pesawat MH370 tidak terhempas

Benar kata Dr mahathir apa yang naik pasti akan turun dan mereka boleh mendarat atau terhempas serta sebuah pesawat tidak mungkin hilang dalam tempoh yang begitu lama,bagi  Dr mahathir adalah membuang masa mencari serpihan pesawat,minyak yang tumpah atau ping dari kota hitam, yep aku pun bersetuju dengan Dr mahathir, siapakah seseorang yang sedang menyembunyikan sesuatu yang Dr mahathir maksudkan ?

Teori Dr mahathir yang pesawat itu berada di suatu tempat, dan bukan logo MAS lagi dibadannya telah membawa maksud disebalik kehilangan MH370

Persolanya :

  1. Agenda Israel/Yahudi laknatullah ?
  2. Persaingan kuasa besar siapa yang lebih kuat antara china dan amerika syarikat ?
  3. Agenda CIA dan MOSAD ?
  4. Kaitan dengan anwar ibrahim ?
  5. Agenda tersembunyi negara yang memusuhi malaysia dan ingin menghancurkan malaysia secra senyap-senyap ?
  6. Bakal berlakunya perang dunia ?
  7. Pengganas ?
Jawapan ya atau tidak :

  1. Ya
  2. Ya
  3. Ya
  4. Tidak
  5. Ya mungkin
  6. Ya mungkin
  7. Tidak
Mungkin korang tidak sependapat dengan aku,namun korang boleh kemukakan pandangan korang melalui ruangan komen dibawah,pandangan korang amatlah dialu alaukan,sila bagi pandangan yang tidak menyumpah seranah mana-mana ahli politik kerajaan atau pembangkang, bagi pandangan secara telus dan boleh mengajak kita sama-sama berpikir…
ok salam 1 malaysia





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge