Akibat diri terlalu baik dengan orang

Akibat terlalu baik dengan orang,jenis orang suka pijak kepala

Assallamualaikum………

Akibat diri terlalu baik dengan orang, orang seperti aku hanya mampu tersenyum kadangkala rasa sakit hati bagaimana sekalipun memang paksa diri untuk senyum, yelah kalau tak lain jadinya, kadangkala bersikap terlalu baik dengan orang,membuatkan kita makan hati,sakit hati,panas hati semua membuatkan kita rasa nak bergaduh dengan orang
Jenis macam aku, orang yang aku tak rapat sekalipun kalau datang duduk bersembang dengan aku, aku layan baik,macam aku layan orang yang dah rapat dengan aku,tapi begitulah manusia makin diberi muka makin dipijaknya kepala kita
Lepas ni malaslah nak terlalu baik dengan orang, ayat ini sering aku kata dalam hati bila dah terkena dengan orang yang dah kita buat baik tadi, namun bila jumpa dan rapat saja pada orang yang baru kita kenal ,segala apa yang diazam dalam hati ini tadi dibuang jauh-jauh, konon tak nak berburuk sangka tapi hakikatnya sekali lagi kita terkena dan terpaksa bermasam muka.
Fitnah yang kena pada bapak aku,membuatkan aku kuatkan semangat dalam hati agar tidak terlalu baik sangat dengan orang, amalkan sikap berhati-hati sebab adakalanya orang kita sesama melayu ni memang tak boleh nak beri muka sangat.
Perkara yang harus diingat jangan terlalu baik dengan orang, kalau ahli keluarga sendiri seperti anak saudara iaitu anak kepada abang-abang kita,kakak-kakak kita memang takde masaalah kalau nak baik hati,tapi kalau orang luar dari keluarga, sorry aku dah serik…
salam 1 malaysia



Kategori: Uncategorized | google eats: , ,

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge