Antara perbezaan daging lembu dengan daging babi

Assallamualaikum……

Perbezaan daging lembu dengan daging babi,aku harap perkongsian artikel ini memberi satu informasi kepada semua orang agar senang membezakan yang mana satu daging babi dan yang mana satu daging lembu

Beza daging lembu dengan daging babi Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini cuba korang fokus pada lima aspek tersebut.
Perbezaan dari segi warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.
Perbezaan dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (korang lihat gambar).
 perbezaan daging lembu dengan daging babi,daging babi sedap,
Perbezaan dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (korang lihat gambar).
Namun korang juga harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.
Perbezaan dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (korang lihat gambar). 
Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan
Perbezaan dari segi aroma
Memang terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri (cuba cium kalau berani), sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.
 Ciri-ciri secara Umum Harus korang ketahui

Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan
Ok seperkara lagi, sukar sangat bagi kita nak tahu status halal haram sebuah restoran tersebut, sehinggakan sup kaki lembu dikatakan sup kaki babi, sedang yang empunya dan memasak adalah muslim, dek kerana restoran itu belum mendapat sijil halal, terus kena cop haram iye ?
 bagi aku yang tak seberapa bagus ni kalau dah restoran tu orang muslim yang punya dan memasak makanan yang dijual di restoran tersebut, memang halal lah makanan yang ada direstoran tersebut, kecualilah dah nampak sangat pemilik restoran tersebut adalah kaum cina yang bukan islam dengan meletakan berhala kecil pada penjuru restoran dah memang tak halal dah lebih lebih lagi sijil halal tak ada
Kalau pemilik dan tukang masaknya adalah islam, kenapa nak diragukan lagi ? 
berdasarkan sumber asal : beadbroochgadiskampung
p/s : teruklah korang ni, masuk pub, beli nombor ekor,minum arak, berpelukan,berzina takde pun korang kata benda tu haram, bahkan korang menghalalakan semua tu..hishhh..teruk…



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge