Apakah Kelebihan Menjadi Lelaki Tak Handsome

Assallamualaikum……………

Lelaki handsome sering menjadi perhatian kaum wanita,walaupun ada dikalangan wanita sekarang setuju bahawa paras rupa bukan ukuran,namun apa yang wanita-wanita tu cakap hanya palsu semata-mata,cuba tengok kumpulan lelaki KPOP siapa yang lebih banyak minat ? wanita atau lelaki ? sudah semestinya wanita, siapa yang terjerit jerit macam nak pengsan bila artis lelaki KPOP naik kat atas stage sambil nyanyi (miming) dan menari ? tak lain tak bukan adalah wanita, mereka cakap paras rupa bukan ukuran ? yelah tu

Apakah kelebihan menjadi seorang lelaki tak handsome ? kebanyakan kelebihan menjadi seorang lelaki handsome yang kebanyakan lelaki suka,tetapi topik aku apakah kelebihan menjadi seorang lelaki yang tak handsome ? maaflah mungkin entri yang aku tulis ni agak kurang ajar bunyi isi kandunganya namun ini semua dari sudut pandangan peribadi aku, sebab aku bukan blogger handsome seperti abang hensem dan blogger comel seperti nurmujahidah aku ni jenis blogger yang main lepas jer kalau nak tulis sebab aku bukan jenis blogger yang tulis dengan teknik lembut macam hasrul hassan

Apakah kelebihan menjadi seorang lelaki tak handsome ?

1. Kelebihan menjadi seorang lelaki tak handsome, lelaki yang tak handsome memang kurang dapat perhatian dari mana-mana wanita yang sanggup tubuhnya diratah demi duit,harta dan kekayaan, sebab sekarang ni mana-mana lelaki yang handsome kebanyakan poket jenis tebal,dulu diorang ni kategori lelaki yang tak handsome,tapi bila ada banyak duit,poket pun dah tebal,diorang boleh buat rawatan kulit,dulu kulit penuh parut jerawat sekarang ni kulit licin macam kulit iqram dinzly dalam poster
2. Kalau dah tak dapat perhatian mana-mana wanita jenis materialistik, so jimatlah duit sebab dapatlah kumpul duit untuk modal bisnes ke,berniaga ke
3. Zina….,,Lelaki handsome kalau dah banyak sangat wanita yang minat,so makin tinggi lah ego kita orang lelaki ni, dalam hati bukan main riak lagi,mendapat dada tiada lelaki kat malaysia ni sesempurna dia,bila ego dah tercabar secara automatik nafsu sokong ikut serta ,maka berlakulah perkara yang kita tak nak, so bila muka kita tak handsome,kita harus panjat doa kesyukuran yang kita telah dijauhkan dari perkara yang tak elok sebegini
4.Kita lelaki yang tak handsomeni ,kebanyakanya setia,betul lelaki tak handsome macam kita orang ni lah antara lelaki yang setia pada cinta,sebab wanita banyak yang tak minat pada lelaki yang tak handsome,maka mudah untuk kita akan jumpa jodoh wanita yang hebat dalam menyayangi diri kita sebagai seorang lelaki
Itu sahaja yang boleh aku bagitahu kelebihan menjadi seorang lelaki tak handsome, korang boleh like,share dan komen selepas baca,komenlah bagi pendapat masing-masing sebab aku ni tak makan orang hheheh
p/s : ada wanita mengaku lelaki yang tak handsome lebih tahan lama di ranjang ? kah kah kah





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge