Beza plan internet bulanan 1 malaysia dengan pelan internet bulanan biasa MI38

Assallamualaikum….salam gawai…

Beza pelan internet 1 malaysia dengan pelan biasa MI38, walaupun gawai dayak sudah 2 hari berlalu namun aku ingin mengucapkan salam kepada semua rakyat malaysia ,ok berbalik kepada tajuk pelan internet 1 malaysia dengan pelan biasa MI38, aku telah menguji kedua-dua service ini sejak berapa bulan yang lalu dan telah menemui banyak perbezaan dari segi penjimatan bajet bagi kedua-dua service yang disediakan.

Sebelum aku meneruskan cerita seram aku ni, eh bukan cerita seramlah hahhha. sebelum aku meneruskan dengan panjang lebar,korang kena tahu bagaimana untuk melanggani pelan internet ini bagi yang belum mengetahui,bagi yang dah tahu korang boleh mengabaikanya

  • Untuk pelan bulanan internet celcom biasa, korang kena reload RM 40.00 terlebih dahulu lepas tu sila taip MI38 dan hantar ke 28882, setelah itu korang akan dapat mesej pemberitahuan yang menyuruh korang membalas MI38 yes dan hantar ke 28882, setelah itu maka service internet bulanan korang akan aktif dengan segera
  • Untuk pelan bulanan internet celcom 1 malaysia, korang kena reload RM 30.00 terlebih dahulu,lepas tu sila taip 1MONTH dan hantar ke 28882 lepas dapat mesej pemberitahuan sila balas 1MONTH YES dan internet akan aktif dengan segera
Apa beza internet 1 malaysia dengan pelan biasa M138 ?

Sebenarnya bezanya dari bajet yang korang keluarkan, pelan MI38 korang kena keluarkan RM 40.00 untuk reload tetapi untuk pelan 1 malaysia korang kena keluarkan RM 30.00 untuk reload
Pelan internet biasa MI38

  • Kena top up RM 40.00
  • Bayar internet bulanan RM 38.00
  • Boleh tambah data 
  • Data yang diberi untuk langganan RM 38.00 adalah sebanyak 1.5 GB sahaja
Pelan internet celcom 1 malaysia

  • Kena top up RM 30.00
  • Bayar internet bulanan RM 25.00
  • Boleh tambah data
  • Data yang diberikan untuk langganan RM 25.00 adalah sebanyak 1 GB sahaja
Dari segi kos ditambah dengan pembelian data kouta pulak macam mana ?

Pelan internet biasa MI38

  • Reload RM 40.00
  • Kos internet RM 38.00 balance RM 2.00
  • Tambahan kouta data RM 50.00 bagi 5 GB ( berdasarkan berapa korang nak)
  • Jumlah kos keseluruhan bulanan = RM 90.00 (tapi kalau balance RM 2.00 tu tak diguna untuk sms/call maka kos korang hanya RM 88.00)
Pelan internet celcom 1 malaysia

  • Reload RM 30.00
  • Kos internet RM 25.00 balance RM 5.00
  • Tambahan kouta data RM 50.00 bagi 5 GB ( berdasarkan berapa korang nak)
  • Jumlah kos keseluruhan bulanan = RM 80.00 ( tapi kalau balance RM  5.00 tu tak diguna untuk untuk sms/call maka kos korang hanya rm 75.00)
Nampak tak perbezaan internet MI38 dengan internet celcom 1 malaysia ? ok sekarang sila lihat harga kouta data tambahan yang pihak celcom caskan
Senarai  harga kouta data tambahan yang pihak celcom caskan

  • 100 MB = RM 3.00 ( ni kouta tambahan untuk mereka yang suka ber we chat,whats up dan lain lain aplikasi chatting)
  • 500 MB = RM 10.00 ( sama seperti diatas)
Untuk mereka yang suka download & menonton video harga kouta data yang ditawarkan adalah….
  • 1 GB = RM 15.00
  • 2 GB = RM 24.00
  • 5 GB = RM 50.00
  • 10 GB = RM 80.00
Makin besar kouta data yang dibeli makin murah harga yang pihak celcom berikan bagi 1 GB
Cuba bezakan dari segi kos…
  • Kos 1 GB = RM 15.00
  • Kos 2 GB = RM 24.00 ( RM 24.00 bahagi kepada 2 = RM 14.00 1 GB)
  • Kos 5 GB = RM 50.00 ( RM 50.00 bahagi kepada 5 = RM 10.00 1 GB)
  • Kos 10 GB = RM 80.00 (  RM 80.00 bahagi kepada 10 = RM 8.00 1 GB)
Cukup murah bagi mereka yang kaki donwload dan kaki menonton video
Bagaimana untuk membeli kouta data tambahan celcom ?


Caranya cukup mudah hanya taip Broadband Vol dan hantar ke 22188 selepas itu celcom akan hantar senarai kod pembelian kepada korang
Senarai kod pembelian bagi kouta data tambahan celcom

  • 100 MB = ON VOL100MB
  • 500 MB = ON VOL500MB
  • 1 GB = ON VOL1GB
  • 2 GB = ON VOL2GB
  • 5 GB = ON VOL5GB
  • 10 GB = ON VOL10GB
Selepas itu sila taip ON VOL1GB (mengikut data yang korang nak ) dan hantar ke 22188 selepas itu celcom akan balas mesej korang dengan meminta korang menaip VOL1GB YES (ikut data yang korang nak dan hantar semula pada 22188 sebagai pengesahan pembelian kouta data,setelah selesai semuanya maka kredit korang akan dipotong mengikut berapa harga data korang nak
Ok ini sahaja yang mampu aku kongsikan untuk korang,aku izinkan korang untuk copy paste artikel ini dan share pada blog korang,tapi dengan syarat ! sila berikan link backlink kredit pada entri yang aku tulis ni..
Ok salam 1 malaysia







    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge