Perangai manusia yang aku tak faham

Assallamualaikum….

27 mei 2014, blog ini ada mengeluarkan entri yang bertajuk Apa yang penting ketika messyuarat diadakan di kampung tapi ada yang terasa dengan entri tersebut, entah apa silapnya disebalik entri tersebut ? kalau typo error, aku memang minta maaf , tapi yang aku panas sangat ada hamba allah ni kata entri tersebut mengkritik pengerusi dan cara messyuarat satu pertubuhan jawatan kuasa dekat kampung aku sendiri, sedangkan entri tersebut bersifat public dan bukan mention kepada sesiapa dan apa yang aku tulis adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri ketika aku jalani latihan praktikal di SCCI 2007 dulu serta aku tulis idea dekat blog ini beb

Tapi hamba allah ni terpaksa aku block dari facebook aku, bukan apa, aku kadangkala naik rimas bila setiap kali gambar,link yang aku share dia like,apa yang dia nak  ikut sangat perkembangan aku di facebook ? bukan apa, kalau orang yang aku tak kenal aku tak kisah beb ni orang yang aku kenal, memang ada yang tak kena ke dengan apa yang aku buat ? terus terang  aku cakap aku tak kacau hidup diorang beb, dan paling aku pantang kalau orang bagi komen dekat link yang aku share dekat facebook dan bukan dekat blog,ianya melambangkan seorang itu hanya suka membaca separuh lepas tu komen dengan segala salah faham akibat tidak suka bertanya hal sebenar dan sebagai ganjaran aku terpaksa block sebab meraka sebegini aku kategorikan sebagai penggangu dan pengacau

Satu lagi yang paling tak best yang aku dengar, tentang entri yang bertajuk Apa yang penting ketika messyuarat diadakan di kampung sampai kena mention dekat satu messyuarat yang aku ni mengkritik pengerusi dan cara messyuarat dekat facebook itu pun ada orang yang  bagi tahu kat aku mengenai perkara sebegini, mengapa sampai begini ? kan artikel yang aku tulis itu bersifat public dan bukan mention kepada sesiapa dan yang menjadi persoalanya kenapa pulak entri tersebut ditulis facebook ? cuba perhatikan betul-betul url blog ishakhasimi.com kan ianya www.ishakhasimi.com dan bukan www.facebook.com, apa kejadah pulak ni ? apa dosa aku pada hamba allah seorang ni ? adakah hanya kerana aku ni hina sangat sebagai penjual petrol dekat kampung aku, sampai apa yang aku buat ada saja yang tak kena ?

Dari dulu lagi blog ishakhasimi.com memang menulis entri yang pelik pelik pada tanggapan mereka yang error, namun nak mention sesiapa pun tak pernah langsung,kalau ada pun memang kaw kaw nama dia aku letak dalam ni full name serta dengan bin binti  lagi

Apa yang aku tulis disini bukan mengata dari belakang, ini adalah blog aku ishakhasimi.com, kalau ada yang terasa dengan entri blog ini sila lah bertanya dengan cara berhemah dengan penulis blog ini sendiri iaitu aku, jangan nak main hentam keromo je, baca terus terasa lepas tu marahkan pulak si penulis, nanti diri malu beb

wahai hamba allah,apa dosa aku pada kamu ? apa yang kamu sakit hati sangat pada aku ? hina sangat ke aku ?

salam 1 malaysia



Kategori: Uncategorized | google eats:

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge