Sperma Rasaksa Tertua Di dunia

Assallamualaikum….

Sekadar perkongsian

Sperma raksasa berusia 17 juta tahun ditemui di Riversleigh, dekat Queensland, Australia. Sperma raksasa itu adalah milik organisma golongan ostracoda, sejenis udang, ianya boleh disebut udang biji.

Bersama sel sperma, didapati juga organ Zenker, organ berbahan kitin, berfungsi memindahkan sperma kepada betina, yang dapat dikesan dengan baik. Panjang sperma ostracoda 1.3 mm, sedikit lebih besar dari saiz ostracoda itu sendiri dan 23 kali lebih besar daripada sperma manusia (kira-kira 0,055 mm).

“Ini adalah fosil sperma tertua yang pernah ditemui,” kata Mike Archer, penyelidik Sekolah Biologi, Bumi, dan Alam Sekitar, Universiti New South Wales, yang telah memulakan usaha cari gali Riversleigh selama 35 tahun.

Cerita penemuan fosil sperma tertua itu bermula ketika Archer bersama rakannya, Suzanne Hand dan Henk Godthelp, mengumpul spesimen ostracoda dari  Bitesantennary di Riversleigh pada tahun 1988.

Sampel itu lalu dihantar kepada John Neil, pakar ostracoda dari La Trobe University. Neil bekerja sama dengan pakar lain, Renate Matzke-Karasz dari Ludwig Maximilian University, di Munich, dan Paul Tafforeau dari European Synchrotron Radiation Facility di Perancis.

Analisis mikroskopik pada spesimen menunjukkan bahawa organ dalam makhluk itu masih dalam keadaan baik. Dalam organ itu, saintis mendapati sperma raksasa beserta inti sel-nya yang mengandungi bahan genetik.

“Kira-kira 17 juta tahun lalu,  Bisantennary adalah gua di tengah hutan hujan yang kaya biodiversiti. Ostracoda yang kecil hidup didalam lopak dalam gua yang diperkaya dengan najis ribuan kelawar,” kata Archer 

Petikan dari artikel asal : asalasah

Komen aku ? erm..usia bumi ni bukan baru beribu tahun,tapi dah berbilion tahun dah, sebelum manusia diturunkan ke bumi dah pelbagai macam makhluk yang allah s.w.t cipta untuk menduduki bumi ni

Salam 1 malaysia




Kategori: Uncategorized | google eats: ,

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge