Cara mengetahui yang engkau adalah seorang Top Blogger

Assallamualaikum….selamat berpuasa

Adakah anda seorang Top Blogger ?

Cara mengetahui yang engkau adalah seorang top blogger, mesti tahu kenapa dan apa sebab artikel ini ditulis, memandangkan banyak blogger yang hanya sekadar menulis tetapi tidak sedar yang blog mereka menjadi perhatian,kebanyakan dari blogger jenis macam ni adalah blogger dari kategori low profile,mereka sekadar suka-suka untuk menulis berkongsi ilmu dan kadangkala ada diantara mereka ini golongan yang amat pemalu dan begitu pendiam di dunia luar talian tapi bila beraksi di dunia maya taring mereka keluar..

Cara mengetahui yang anda Top Blogger

Bagaimana untuk kita mengetahui diri kita ini begitu popular didunia maya ini ? cara ini ditulis bukan sebab aku ni antara malaysian famous blogger, memang tiada pun nama blog ini dalam list tersebut haha tapi cara ini ditulis sebab ianya adalah dimana cara yang aku guna untuk mengesan beberapa blogger popular yang popular secara senyap-senyap

Cari keyword nama korang dan blog korang

Cuba cari keyword nama korang dan blog korang di search google dan yahoo, contoh : ishak hasimi mengamuk di blog, tips seo dari ishak hasimi,jika apa yang korang jumpa pada result di google search dan yahoo dimana ada beberapa blog lain yang menulis pasal apa yang korang tulis,dan menulis pasal korang dekat blog mereka tanpa korang suruh dan bayar ini sudah menunjukkan blog korang dan korang sekali sudah mencapai ke tahap blogger popular, tu belum lagi diorang bagi backlink dekat blog korang..

Semak Ranking Alexa

Ranking alexa, sekarang nak menguasai alexa bukan mudah sebab persaingan begitu tinggi,korang boleh semak blog korang di alexa ,dulu tahun 2009 dan 2011 nak mendabik dada sebagai blogger popular dengan menunjukkan rangking alexa tahap gaban pun boleh tahun tersebut nak bergelar blogger popular orang semak alexa jer
Kalau rangking alexa blog korang dari 500,000 ke 100,000 tu sudah dikira Top Blogger pada ketika itu, sebab ketika tahun 2010 blog ishakhasimi.com ini pernah dapat rangking alexa dalam 170,000 itu pun hanya bertahan sampai beberapa hari sahaja tapi best sebab time tu ishakhasimi.com guna wordpress selfhost, namun untuk disenaraikan sebagai Top Blogger lansung tiada apatah lagi sebagai blogger otai sebab aku bukan insan popular tapi sekarang nak capai tahap Top Blogger mesti rangking Alexa dia 50,000 atau kebawah lagi sebab sekarang persaingan amat tinggi

Semak Google Pr

Google Pr penting untuk menilai blog korang di google,dulu domain ishakhasimi.com pernah ada Pr 2, tapi sekarang dah kosong sebab domain ini baru beli semula november tahun lepas,dimana dah 2 tahun domain ini tidak aktif , sejak ishakhasimi.com ditutup pertengahan tahun 2011

Pastikan sama-sama naik

Pastikan Google Pr dan Rangking Alexa sama-sama naik, sebab kalau rangking alexa naik tapi Google Pr takde susah jugak,dan Google Pr ada tapi alexa 20 juta pun susah jugak, pastikan kedua-dua rangking sama-sama naik barulah dikira sebagai Top Blogger
Ok ini sahaja perkongsian aku kali, ada sebarang kritikan dan saranan dan tambahan terhadap artikel ini ? silakan komen diruang komen jangan malu jangan segan
selamat berpuasa



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge