President Petro Poroshenko Nafi Tentera Ukraine Tembak Jatuh Pesawat MH 17

Assallamualaikum….

Berita MH 17 Ditembak Jatuh,menurut My metro Online…sila baca berita dibawah

pesawat mh 17 diserang, pesawat mh 17 ditembak jatuh, pesawat mh 17 ditembak oleh israel, pesawat mh 17 meletup, pesawat mh 17 terhempas,

President Petro Poroshenko  Nafi Tentera Ukraine Tembak Jatuh  Pesawat MH 17

Kiev (Ukraine): Presiden Ukraine menafikan angkatan tentera Negara itu telah menembak jatuh apa-apa sasaran udara berikutan laporan sebuah pesawat Malaysia Airlines terhempas di Ukraine.

President Petro Poroshenko berkata, “Kami tidak mengecualikan pesawat ini telah ditembak jatuh namun kami menegaskan Angkatan Tentera Ukraine tidak mengambil tindakan terhadap apa-apa sasaran di udara.”

Menurut seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, pesawat itu dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu Buk.

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko, berkata di laman Facebooknya, pesawat itu terbang pada ketinggian 10,000 meter apabila ia ditembak dengan peluru berpandu daripada pelancar roket Buk.

Pelancar serupa dilihat oleh wartawan Associated Press berhampiran bandar Snizhne di timur Ukraine, awal Khamis. – AP sumber asal : myMetro

Ketahui perkembangan selanjutnya dari ishakhasimi.com



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge