Trick Sindiket Penipuan Online Ahh Lu Kantoi Sudah !!!

Assallamualaikum……selamat berpuasa

Trick pihak sindiket penipuan online memang kencang sekarang ni eh ? lupak pulak yang korang ni macam besi panas yang disimbah air,asap akan memenuhi ruang begitulah laporan saya karam ishak hasimi eh,apa gak aku melalut bulan puasa ni weii

Ok berapa banyak sindiket penipuan online dekat malaysia ni ? boleh bagi senarai ? kalau bagi senarai memang banyak beb ‘tak terkire‘ bak kata P ramlee

Yang sedihnya kewujudan sindiket penipuan online di malaysia ni membuatkan para peniaga online secara halal (bukan penipuan) kena cop menipu pulak alahai kesianya,sampai pelanggan nak bayar kepada peniaga online secara halal untuk sesuatu produk tu pun rasa was was nak bayar atau tidak,kalau bayar ada ke barang yang diorang order sampai ?

Trick penipuan online yang paling aku kagumi dalam sejarah adalah seperti yang saudara blogger hasrul hassan update dekat wall facebook bloger hasrul hassan sendiri lihat print screen dibawah

Hasrulhassan.com,blog hasrulhassan,blogger hassrul hassan

Sebenarnya aku pun pernah dapat spam seperti yang hasrul hassan maklumkan tu tapi semuanya telah di block oleh intensedebate dan aku abaikan malas nak ambik tahu,tak cukup dengan spam dapat pulak email spam benda yang serupa, aku balas email tu seolah olah berminat lah kononnya

Tapi tak sangka pulak diorang balas,kalau nak sila bayar sekian-sekian dan akan dapat jana pendapatan dengan jadi pengurus email ni,tapi aku balas balik “kalau boleh saya nak free jer,dan kalau boleh saya tak nak dibayar RM 90 untuk setiap kerja email yang berjaya dilaksanakan tapi saya nak dibayar RM 300,kalau boleh pihak encik bayar saya RM 6,000 sebulan” terus sampai sekarang diorang tak balas email aku hahahha

Apa pengajaran yang korang dapat ? korang jangan tertipu dengan trick pihak sindiket ni,jangan sebarangan nak dapat duit lebih,nanti kerna nak duit lebih korang terpaksa meminta sedekah kat tepi jalan sambil bawa mangkuk nanti kan susah…

selamat berpuasa….

Kredit print screen to : facebook hasrul hassan



Kategori: Uncategorized | google eats: , ,

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge