Widget Auto-Ping Kartikel.com Gagal Berfungsi

Assallamualaikum dan selamat berpuasa…..

Sudah sepatutnya blogger macam aku mengkritik pihak pengendali antara laman web aggregator yang popular dikalangan blogger malaysia hari ini, yalah beberapa blogger popular telah membuat ulasan mengenai widget terbaru laman web tersebut seperti widget auto ping kartikel.com dari blogger hasrul hassan dan laman autoping untuk blogger dari blogger muja

Tapi agak sedih disini aku ingin mengkritik pihak kartikel.com yang widget terbaru mereka yang kononnya terbaru itu gagal berfungsi, atau dalam bahasa kasar aku widget itu palsu dan lebih sadis lagi seolah-olah kena ditipu,walaupun pihak kartikel sememangnya tidak pernah menipu dari segi trafik sebab antara sumber utama trafik ke blog ini adalah dari kartikel.com dan busuk.org

Kenapa Widget Auto-Ping Kartikel.com Gagal Berfungsi ?

Kenapa widget auto-ping kartikel.com gagal berfungsi ? ok kalau kita faham maksud auto ping widget ni sebenarnya sebuah widget yang membenarkan ping secara automatik setiap entri terbaru laman blog tersebut ke sesebuah laman web aggregator bagi mendapatkan backlink dan juga traffic, dimana pengguna laman web  aggregator tersebut tidak perlu lagi login ke laman web  aggregator itu untuk melakukan ping secara manual

Widget kartikel seperti yang gambarajah kat atas ni telah wujud sekian lama,sejak kartikel.com dibangunkan lagi namun widget ini adalah widget pertukaran traffic sahaja,namun sekarang widget ini telah dinaik taraf untuk berfungsi menjadi widget auto-ping, tapi sedihnya widget auto ping kartikel ini memang tak berfungsi langsung

Kenapa ? aku dah check banyak kali dah ke laman web kartikel.com namun tiada satu pun entri terbaru blog ini yang telah berjaya di auto-ping ke laman web tersebut,dimana aku telah menyifatkan bahawa widget auto-ping kartikel.com adalah satu widget yang gagal sebab entri blog ini terpaksa di ping secara manual semula
Ok untuk makluman,sebenarnya sebelum ni kartikel.com ada menyediakan auto-ping ke laman web mereka namun,ianya tidaklah memerlukan widget auto-ping pun,kalau widget pertukaran traffic memang ada,namun auto-ping yang disediakan oleh pihak kartikel.com sebelum ini tidaklah sesempurna yang dilihat dimana ianya tidak berfungsi dengan begitu sempurna
Kenapa ? sebab entri terbaru memang akan auto-ping ke laman kartikel.com tersebut,akan tetapi pengguna harus login ke laman kartikel untuk publishkan semula entri yang telah auto-ping tadi agar pengguna kartikel yang lain boleh nampak entri terbaru kita tersebut
Agaknya pihak kartikel mungkin ingin mengikut jejak ping.busuk.org dimana pengguna tidak perlu ping secara manual lagi,namun semua itu gagal dan sia-sia. Dan aku berharap pihak kartikel dapat memperbaiki masaalah ini untuk akan datang
sekian….
selamat berpuasa



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge