Astro Buka Semua Saluran Secara Percuma Sebagai Tanda Mohon Maaf

Apa yang berlaku baru-baru ini kita semua pelanggan astro seluruh negara telah mengalami masalah untuk menonton saluran yang dilanggani kerana terdapat gangguan perkhidmatan. Berdasarkan penerangan di Facebook Astro, gangguan siaran itu berpunca akibat daripada kebakaran di premis Astro di Bukit Jalil. Sebagai tanda penghargaan dan mohon maaf kepada para pelanggannya yang bersabar sepanjang gangguan perkhidmatan tersebut, Astro akan membuka kesemua saluran secara percuma bermula daripada 6 petang, 29 Ogos (Jumaat) ini.

Kesemua saluran astro akan dibuka secara percuma kepada pelanggan selama 3 hari kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports akan dibuka untuk tontonan pelanggan Astro sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam. Dibawah  ialah petikan penjelasan yang saya ambil daripada Facebook Astro sendiri

Pelanggan Astro yang dihargai,

Kami amat meminta maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan kami. Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh sebuah kebakaran di premis kami di Bukit Jalil.

Pihak Bomba telah segera dimaklumkan. Keselamatan kakitangan kami menjadi keutamaan, oleh itu premis tersebut telah dikosongkan. Api berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 petang dan kakitangan bertugas hanya dibenarkan memasuki semula premis setelah dibenarkan oleh pihak Bomba pada pukul 7.30 malam.

Keutamaan kami serta-merta adalah untuk mengembalikan siaran saluran-saluran yang terjejas, diikuti dengan operasi pusat panggilan kami. Saluran TV bersiaran semula secara berperingkat, bermula 8.30 malam dan kesemua saluran bersiaran semula pada pukul 11.00 malam. AOTG dan IPTV turut kembali seperti biasa tidak lama selepas itu. Pusat panggilan kami kembali beroperasi pada pukul 8.45 malam.

Kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Insiden ini sedang disiasat dan tindakan yang wajar akan diambil. Sekali lagi, kami memohon maaf kepada semua pelanggan atas gangguan perkhidmatan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran semua dan sebagai tanda penghargaan, kami akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam.

Sempena 31 ogos ni dapatlah kita menonton cerita yang best-best ye tak…yeaaaaa

Langgan rss blog ini secara percuma



Kategori: Berita |

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge