Janin ditemui bersama sisa sampah

Janin ditemui bersama sisa sampah | Saya amat terkilan dengan perangai sesetengah rakyat malaysia ni, yang tiada lagi sifat seperti seorang manusia,namun kalau diteliti dan dikaji dengan sebetulnya sememangnya perangai manusia memang macam ni,bukan apa yang amat menyedihkan sudahlah bayi tak berdosa ini tidak dikebumikan dengan betul malah dibuang pula di lokasi kotor yang mungkin silap hari bulan tempat anjing mencari makanan. dan janin yang tidak berdosa ini akan menjadi santapan oleh anjing-anjing yang kelaparan

Janin bayi yang tidak berdosa ini telah ditemui dalam plastik sampah hitam bersama dengan sisa-sisa sampah bekas makanan kfc di Bahau, Negeri Sembilan.

Dikatakan lokasi lebih tepat yang digunakan untuk membuang janin ini adalah tong sampah di belakang sebuah restoran makanan segera kfc, namun kesahihannya maklumat yang dinyatakan tak dapat dipastikan.

Namun sudah jelas bahawa kemugkinan janin yang dibuang ini adalah janin yang terhasil dari hubungan luar nikah remaja yang tidak bermoral di negara malaysia yang konon amat dicintai ini

Saya berharap agar pada tarikh 31 Ogos ini, diharapkan pihak berkenaan terutama kerajaan dan pihak berkuasa akan memantau aktiviti anak muda pada malam cuti umum nanti agar sembilan bulan dari sekarang tak ada kejadian janin dalam plastik sampah seperti ini ditemui lagi,kalau tidak 9 bulan pun 3 bulan pun diorang boleh buang janin seperti ini.

Diharap ibu bapa dapat memantau segala aktiviti anak mereka,jangan dibiarkan mereka bebas sebebas bebasnya kerana jika perkara seperti ini berlanjutan negara kita akan ditimpa pelbagai kesusahan akibat dari perbuatan yang tidak dibendung ini

Langgan rss blog ini secara percuma



Kategori: Berita |

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge