Kaedah pencegahan sifilis untuk wanita

Assallamualaikum….

Kali ini saya ingin kongsikan kaedah pencegahan sifilis untuk wanita, buat pengetahuan semua sifilis ini bukan lelaki sahaja yang terkena jangkitan akan tetapi wanita pun berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit sifilis



Ok untuk pengetahuan korang semua Saat ini kita mungkin sering mendengar mengenai penyakit kelamin, terutama sifilis atau biasa dikenal dengan penyakit Raja Singa pada kaum lelaki yang biasanya adalah kaki seks.

Biasanya penyakit sifilis banyak dialami oleh kaum lelaki, akan tetapi saat ini wanita pun mulai banyak menderita penyakit ini. Penyakit sifilis adalah penyakit seksual atau penyakit pada kelamin yang kebanyakan disebabkan oleh hubungan seksual. Penyakit sifilis merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria.

Bakteria tersebut tidak menular diluar, kita akan diserang sifilis jika melakukan hubungan intim secara langsung dengan pesakit sifilis iaitu tanpa menggunakan alat keselamatan seks seperti kondom. Penyakit sifilis tidak hanya dialami oleh kaum lelaki, tak dapat dinafikan saat ini banyak wanita yang juga menderita penyakit sifilis.

Biasanya penyakit sifilis pada wanita boleh dilihat dari ciri-cirinya seperti:

  • Gatal-gatal pada faraj 

  • Terdapat ruam-ruam merah pada bibir faraj anda 

  • Bahkan mengeluarkan nanah putih jika sudah parah 

Penyakit sifilis juga boleh menyebabkan kematian jika sudah terlalu lama dideritai dan tidak dirawat. Biasanya penyakit sifilis pada wanita terjadi kerana hubungan intim dan kebanyakan dialami oleh wanita yang bekerja sebagai pekerja seks komersial (sundal/pelacur).

Kaedah pencegahan penyakit sifilis untuk wanita

  •  Biasanya dicegah dengan tidak melakukan hubungan seksual dengan yang bukan muhrim

  •  Tidak melakukan seks bebas dan penggunaan alat keselamatan seks seperti kondom juga boleh menjadi pencegah agar tidak berjangkit secara langsung dengan dengan pesakit

  • Paling utama adalah menjaga kebersihan kewanitaan anda dengan rajin menukar pakaian dalam

  • Tidak sebarangan melakukan hubungan seks,seperti bertukar-tukar pasangan 7 kali seminggu

Kebanyakan pesakit sifilis wanita tidak menyedari jika dirinya adalah pesakit sifilis, pahamilah gejala-gejala dan segera berjumpa kepada doktor. Biasanya jika doktor mengesahkan anda sebagai pesakit sifilis, doktor akan memberikan ubat penyakit sifilis untuk wanita biasanya seperti antibiotik berbahan kimia untuk membunuh penyebaran bakteria tersebut. Antioksidan tinggi diperlukan oleh pesakit sifilis untuk meneutralkan radikal bebas sehingga tubuh kita menjadi sihat, bersih dan terhindar dari pelbagai jenis penyakit. Akan tetapi, lebih baik mencegah daripada mengubati.

sekian perkongsian saya untuk kali ini….

Langgan rss blog ini secara percuma



Kategori: Perkongsian |

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge