Mengenal apa itu kolagen

Assallamualaikum….

Kali ini saya akan kongsikan kepada korang artikel mengenai apa itu kolagen,ramai yang pot pet pot pet sana sini mengatakan yang kolagen ni bagus untuk kulit lah memutihkan wajah lah,namun bila ditanya apa itu kolagen ? diam seribu bahasa..

Apa itu kolagen ? ok kalau nak tahu sangat bahawa kolagen itu adalah salah satu protein yang membentuk tubuh manusia. Keberadaannya adalah kurang lebih mencapai 30% dari seluruh protein yang terdapat di dalam tubuh. ianya adalah struktur organik pertumbuhan tulang, gigi, sendi, otot, dan kulit.

  • Bagi yang belum tahu sebenarnya serat kolagen mempunyai daya tahan yang kuat terhadap tekanan. 

  • Untuk pengetahuan korang juga perkataan kolagen itu sendiri berasal dari bahasa Yunani yang artinya (bersifat lekat atau menghasilkan pelekat). 

Struktur kolagen

Yang menarik di sini adalah struktur utama kolagen Glicin-X-Hidroxiprolin atau Glicin-Prolin-X. Rantai polipeptida-nya di sintesa di ribosom yang ada di sekitar retikulum endoplasma. Sebagai struktur tertier-nya dia mempunyai struktur triple helix, disini tidak boleh di salah tafsirkan dengan alpha helix. Triple helix artinya 3 rantai polipeptid lingkaran. Yang menarik adalah struktur helix-nya juga left handed helix. Ketiga molekul helix-nya dihubungkan satu sama lain dengan ikatan hidrogen seperti pada alpha helix DNA.

Sintesa

Kolagen biasanya di sintesa oleh sel fibroblas. Secara garis besar dapat dibagi menjadi dua bahagian, iaitu:

Intrasellular di organel ribosom yang di sekitar retikulum endoplasma bezakan dari ribosom yang berada bebas di sitosol

Termasuk :

  • -transkripsi dan translasi dari DNA atau gen untuk kollagen) hasil: asid amino yang disatukan menjadi prokolagen. 

  • -kedua, prokolagen akan dihidroxilasi oleh enzim hydroxylase. Yang di hidroksilasi adalah rantai yang mempunyai asid amino lisina dan prolina dimana vitamin C dan alpha helix Ketoglutarat diperlukan sebagai koenzim. 

  • -ketiga, mengikat molekul gula pada kumpulan 
  • -OH dari Lisina oleh enzim glukosiltransferase. 

Bentuk yang telah tersebut diatas yaitu triple helix. Walaupun demikian ini belum sempurna, kerana di bahagian N-terminal atau akhir struktur triple helix ini tidak berbentuk lingkaran helix, melainkan dihubungkan oleh ikatan disulfida dari molekul cistein. Gunanya adalah menstabilkan prokolagen yang akan dieksport keluar dari sel melewati membran sel.

Ekstrasellular. Yang terjadi di intersellular atau ekstrasellular adalah eliminasi dari N- dan C-terminal. Kemudian eliminasi kumpulan N dari rantai molekul lisina secara oxidativ. Akibatnya kumpulan aldehid dari kollagen monomer di satukan menjadi kolagen fibrillar.

Secara ringkas:

  • -limited proteolyse dari N- dan C-terminal. 

  • -kolagen monomer berggregasi menjadi polimer, larut dalam garam. 

  • -Pembentukan kolagen fibrillar yang tidak boleh dibubarkan. 

Jenis Kolagen

Pada masa kini Kolagen telah dijumpai dan dibagi menjadi 28 kelas:

  • Kolagen fibrillar, iaitu kolagen jenis I, II, III, V, dan XI. 

  • Kolagen yang membentuk rangkaian, iaitu kolagen Jenis IV (Lamina densa dari dasar membran Hemidesmosom), VIII und X.

  • Kolagen yang fibrillar terasosiasi (facit), iaitu kollagn jenis IX, XII, XIV, dan XXII. 

  • Kolagen berbentuk rangkaian mutiara, iaitu kolagen jenis VI. 

  • Verankerungsfibrillen, iaitu kolagen jenis VII. 

  • Kolagen dengan domain transmembran, iaitu kolagen jenis XIII, XVII, XXIII, dan XXV
Kesan kehilangan kolagen 




Sekian sahaja perkongsian dari saya mengenai apa itu kolagen
Langgan rss blog ini secara percuma



Kategori: Perkongsian |

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge