Tan Sri Khalid Ibrahim Dipecat Daripada PKR

Assallamualaikum….

Sebenarnya bagi saya Tan Sri Khalid Ibrahim  memang dikira agak ok memerintah selangor berbanding Wan azizah yang entah boleh ke tidak,berita Tan Sri Khalid Ibrahim Dipecat Daripada PKR buatkan saya berpikir sebenarnya parti pakatan rakyat ni parti apa ?

Ini kerana Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu lalu telah sebulat suara memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli parti  berkuatkuasa serta-merta.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, keputusan itu telah dibuat pada Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) selepas meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib terhadap Abdul Khalid.

“Dengan pemecatan itu, Abdul Khalid kini menjadi ADUN Bebas walaupun kekal sebagai Menteri Besar Selangor,” kata Tan di sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Keadilan petang tadi.

Sementara itu kos untuk mengadakan pilihan raya negeri di Selangor menelan belanja sebanyak RM50 juta, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata parti politik yang terlibat dengan krisis Menteri Besar Selangor harus cuba mengelakkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan kerana ia menyebabkan pembaziran masa dan wang.

“Tiada ragu-ragu, SPR sedang bersiap sedia dan tiada pilihan untuk mengadakan pilihan raya negeri sekiranya terpaksa berbuat demikian.

“Bagaimanapun, adalah tidak masuk akal untuk mengadakan pilihan raya hanya selepas 15 bulan pilihan raya umum ke-13 diadakan

Kita lihat selepas ini, kemungkinan Tan Sri Khalid Ibrahim Yang Dipecat Daripada PKR akan menyertai barisan nasional, kita hanya tunggu dan lihat

Eh saya tulis artikel berkenaan politik pulak dah….


Langgan rss blog ini secara percuma



Kategori: Berita, Perkongsian |

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge