Mengenali Ikan Sturgeon Bintang Spesis Ikan Terancam

Assallamualaikum…..

Pernah dengar tentang Ikan Sturgeon Bintang ? ianya adalah spesis ikan yang diancam kepupusan,kali ini saya berkongsi dengan anda untuk mengenali Ikan Sturgeon Bintang ini

Ikan Sturgeon Bintang atau nama saintifik: Acipenser stellatus, juga di kenali sebagai Uzun Burun (Turki : hidung panjang) dan Drakul, ialah spesies ikan sturgeon yang hidup di lembangan Laut Hitam, Laut Azov, dan Laut Caspian, tetapi jarang ditemui di Laut Adriatik. Ikan ini boleh mencapai 220 sentimeter (melebihi 7 kaki) panjangnya, dan sehingga 80 kilogram (lebih kurang 180 paun) beratnya. Usia maksimum yang dilaporkan untuk spesies ini ialah 27 tahun.

Walaupun rupanya yang agak menakutkan, Ikan Sturgeon Bintang ialah spesies yang tidak berbahaya dan merupakan spesies komersil yang penting. Ia adalah salah satu daripada tiga spesies yang terpenting, bersama-sama dengan ikan Strugeon Beluga dan ikan Sturgeon Parsi, kerana kaviarnya. Dagingnya dianggap sebagai suatu makanan istimewa yang mahal di kawasan Caspian, selain daripada digunakan untuk membuat kebab atau dimakan secara goreng, panggang, atau salai.

Telah terdapat banyak percubaan di Rusia, Iran, Itali, dan Amerika Syarikat untuk menyesuaikan Ikan Sturgeon Bintang bagi tujuan akuakultur, dengan berbagai-bagai tahap kejayaan. Daya pemulihan spesies ini agak rendah. Tempoh mengganda populasi yang minimum ialah 4.5 – 14 tahun. Ikan Sturgeon Bintang telah dikelaskan sebagai spesies terancam, dengan perdagangan keluaran yang diperbuat daripada bahagian-bahagian tubuhnya dibatasi oleh CITES.

Persekitaran

Ikan Sturgeon Bintang ialah ikan dasar laut yang hidup antara 10 hingga 100 meter dari permukaan air. Ia juga merupakan ikan anadromi, iaitu ia hidup di dalam lautan dan membiak di kawasan air tawar. Suhu yang disukainya antara 10 – 20°C. Ikan Sturgeon Bintang biasa dapat ditemui berhampiran pantai pasir dan lumpur. Ia mengekalkan diri di dasar laut pada waktu siang dan hanya timbul ke permukaan air pada waktu malam untuk mencari makanan. Ikan ini makan ikan yang lain, selain daripada moluska, krustasea, dan cacing.

Rupa

Bahagian belakang ikan Sturgeon Bintang berwarna kelabu tua sehingga hampir hitam. Warna rusuknya lebih muda, dengan perutnya berwarna hampir putih.

Ikan Sturgeon Bintang mempunyai 40-46 ruji dorsal serta 24-29 ruji dubur. Muncungnya panjang dan tajam pada hujungnya. Bibir bawah ikan ini tidak berselanjar tetapi terpisah pada bahagian tengah. Sesungutnya pendek dan tidak sampai mulut tetapi lebih dekat kepada mulut daripada muncungnya. Ia mempunyai lima baris skut:

dorsal: 11-14;
lateral: 30-36 pada setiap sisi;
ventral: 10-11 pada setiap sisi;

dengan plat bebintang dan butir yang lebih kecil di antara baris skutnya yang utama.

sumber asal artikel & gambar : wikipedia

Langgan rss blog ini secara percuma



Kategori: Perkongsian |

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge