Penyanyi Kumpulan Ladies Code, Eun B Meninggal Dunia

Eun B

 Eun B Meninggal Dunia

Siapa yang tak mengenali Eun B,artis yang berwajah cantik,comel dan juga salah seorang penyanyi kumpulan wanita terkenal di korea iaitu Ladies Code, namun seluruh industri hiburan korea dan peminat Kpop telah bersedih apabila Eun B disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam sebuah kemalangan semalam.

Eun B dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian setelah van yang dinaikinya bersama 2 orang lagi anggota kumpulan Ladies Code telah merempuh dinding penghadang jalan di Suwon.Sementara itu 2 lagi anggota kumpulan Ladies Code iaitu Rise danSo Jun dimasukkan ke hospital kerana kemalangan tersebut.

Ladies Code telah dianggotai oleh 5 wanita iaitu Ashley,Rise, Sojung, Zuny dan Eun B, Kumpulan ini popular dengan lagu Bad Girl. Kemalangan itu  berlaku ketika kumpulan Ladies Code dalam perjalanan menuju ke Seoul selepas selesai membuat persembahan di Daegu.

Eun B meninggal dunia pada usia amat muda iaitu 22 tahun. Kejadian itu dikatakan berlaku berlaku kira-kira jam 1.30 pagi waktu Malaysia.

Kita sebagai peminat Kpop berharap agar ahli kumpulan Ladies Code yang lain segera sembuh dan pulih.

Langgan rss blog ini secara percuma



Kategori: Cerita artis |

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge