Rangka budak berusia dua tahun ditemui di belakang sebuah rumah

Pada 31 ogos yang lalu saya telah terbaca di laman web Harian Metro iaitu satu kejadian yang berlaku di Melaka pada 31 hab ogos yang lalu dimana menurut sumber iaitu Harian Metro satu rangka manusia dipercayai kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah ditemui di belakang sebuah rumah di Taman Bayan, Bukit Katil,Melaka

Gambar dimana lokasi mangsa ditanam

Kata Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Abu Bakar, mangsa dipercayai dibunuh pada bulan Februari lalu sebelum mayatnya ditanam di belakang rumah teres dua tingkat berkenaan.

“Sepasang kekasih berusia 24 dan 25 tahun yang juga ibu bapa kepada kanak-kanak ini ditahan di Muar, Johor kira-kira jam 2 pagi tadi.

“Hasil soal siasat, rangka mayat mangsa yang dibalut kain batik ditemui di dalam satu lubang sedalam kira-kira 0.3 meter di belakang rumah berkenaan kira-kira jam 7 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari bermula pada 31 ogos yang lalu bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel diatas berdasarkan sumber Harian Metro

Apa pandangan saya tentang kes ini ?

Saya tidak mempunyai apa-apa pandangan,cuma yang ada adalah cadangan ,kalau boleh ibu-bapa silalah perhatikan anak anak mereka tidak kira mereka umur berapa,kalau ada anak anak yang sedang dilamun cinta tapi belum berkahwin,desak mereka supaya berkahwin,tak payah hantaran beribu, janji ada mas khawin sudah cukup agar tidak berlaku perkara bunuh seperti ini

…..

Langgan rss blog ini secara percuma



Kategori: Berita |

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge