Senarai Calon Liebster Award

Assallamualaikum dan salam sejahtera…

Inilah kali pertama ishakhasimi.com menyertai Liebster Award apabila blog ini telah dicalonkan oleh blogger yang cantik manis iaitu azifah yazid  dalam Lebster Award  di blog beliau iaitu geeazielove4eva 

Kalau diikutkan inilah kali pertama blog ishakhasimi dicalonkan, bukan apa sebelum ini saya memang tak faham tentang Lebster Award, setelah saya membaca sendiri di blog azifah yazid baru saya mula faham konsep award ini, terima kasih buah azifah yazid kerana mencalonkan blog ini di blog beliau geeazielove4eva  dan saya amat menghargainya.

Berikut 11 soalan yang azifah yazid tanya dan akan saya jawab dengan jayanya

5 perkara tentang diri saya

  1. Saya seorang pemalu,lebih lebih lagi terserempak dengan perempuan cantik
  2. Saya suka warna pink,tapi tak menunjuk sangat takut kena cop gay
  3. Geli pada ular
  4. Tidak suka diganggu ketika menulis blog
  5. Saya pecinta kucing

binatang yang paling tak suka?

Ok first saya tak suka ular,saya geli ,saya juga tak suka anjing sebab anjing tak suka tengok saya dan yang last sekali saya memang tak suka buaya, bau dia busuk

sudah berapa lama berblog?

Pertama kali saya mula berblogging adalah pada bulan september 2009, ishakhasimi.com pada masa itu mula menggunakan selfhosting bukan macam sekarang pakai blogspot jer murah kan ? cuma beli domain jer
Tahun 2011 saya berhenti blogging dan domain ishakhasimi.com tidak direnew,manakala pada awal tahun 2012 saya mula blogging semula dengan menggunakan domain justrieyn.com berhostingkan blogspot,namun hanya hangat-hangat tahi cicak jer,apabila blog justrieyn.com saya tutup,
Punca ? mood blogging saya lebih kepada ishakhasimi.com, ok pada penghujung tahun 2012 saya buat satu blog dengan subdomain blogspot dengan url ishakhasimi.blogspot.com dimana ketika itu saya bertekad untuk mebangunkan semula nama ishak hasimi yang saya sendiri runtuhkan
Pertengahan 2013 saya bertanya kepada pihak netkl adakah saya dapat renew semula domain ishakhasimi.com ? namun jawapan yang diterima, domain itu sudah lama dijual kepada pihak lain,sebab tak renew
Tapi berita gembira yang saya terima,apabila saya semak semula nama domain ishakhasimi.com pada november 2013 di kl sever dan saya dapati domain ishakhasimi.com boleh didaftarkan semula

Vlogger yang anda minat?

Vlogger yang saya minat  adalah najwa latif dan mat lufthi

Lagu English yang paling diminati?

Hehhe sudah semestinya Enter Sandman dari Metallica

Movie English yang paling diminati?

Yep sudah semestinya Fast & Forius dan Transformers

Suka tengok cerita korea?

Aih lelaki inilah yang paling minat cerita korea,lebih-lebih lagi kalau ada awek

Negara paling best untuk bercuti?

Kalau saya, saya pilih artartika heheh

Impan anda yang telah tercapai?

Impian  saya yang telah tercapai ? 
  1. Memiliki blog sendiri
  2. Ada camcoder sendiri,walaupun Kogan

Impian anda yang belum tercapai?

Impian saya yang belum tercapai adalah..
  1. Nak jadi blogger popular
  2. Nak khawin (kalau boleh ngan neelofa,tapi tak boleh)
  3. Nak jadi Designer 

Kalau anda ada duit RM500,000 apa yang anda akan buat?

Kalau ada duit RM 500,00 saya akan buat, 
  1. Buat syarikat sendiri (kedai roti)
  2. Khawin
  3. Labur beli emas
Ok selesai jawab soalan dari  azifah yazid kini giliran saya pula
SYARAT LIEBSTER AWARD

  1. Mention nama blogger yang mencalonkan anda
  2. jawab 11 soalan yang ditanya
  3. letak 11 nama blogger yang dicalonkan
  4. buat 11 soalan untuk dijawab oleh blogger yang dicalonkan
  5. pastikan blogger yang dicalonkan tahu mereka tercalon
11 nama blogger yang tercalon



  1. 7 perkara menarik tentang diri anda
  2. Artis yang anda minat ?
  3. Jenama smartphone yang anda suka ?
  4. Jenis Blogger yang anda benci ?
  5. Lagu melayu yang paling diminati?
  6. Filem melayu yang paling diminati?
  7. Adakah anda peminat KPOP ?
  8. Tempat paling aman bagi anda ?
  9. Cita-cita anda yang telah tercapai?
  10. Makanan kegemaran ?
  11. Jika anda blogger paling berpengaruh di dunia apa yang anda lakukan ?
Sekian dari saya..salam sejahtera…
p/s : senarai calon tu semua saya terpaksa ambil dari blog azifah yazid, kecuali yang saya ingat saya tambah iaitu azhar sabtu dan shida ucu,itupun shida ucu ada dalam senarai dalam blog azifah yazid
Kenapa ? sebab admin kelab blogger telah mendelete semua post pasal Liebster Award  dengan kejamnya, tak tahulah saya orang yang mintak link untuk Liebster Award  tu spammer ke ?,ah biarlah itu group dia lantak dialah 
Langgan rss blog ini secara percuma



Kategori: Uncategorized | google eats:

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge