Kenapa hidup perlu ada kualiti ?

Assallamualaikum…..

Tajuk yang sungguh dinantikan, Kenapa hidup perlu ada kualiti ? ok sebelum tu saya bermohon maaf kepada slient rider yang membaca blog ini namun tidak member sebarang,mungkin ada dari mereka rakan blogger yang saya kenal dan ada dari mereka ahli keluarga saya sendiri atau orang yang saya tidak kenal cuba untuk mengikuti perkembangan terbaru blog picisan ini

Kenapa hidup perlu ada kualiti ? hidup yang berkualiti kebiasaannya mempengaruhi daya pemikiran,perjalanan hidup,kreativiti,dan gaya kerja yang baik, mereka yang ada kualiti hidup akan mempunyai tahap kesihatan yang baik,walaupun ada masa mereka demam sakit gigi dan selsema dan sebagainya, namun mereka yang mempunyai kualiti hidup bukan dari mereka yang mempunyai pendapatan berjuta ringgit sebulan sahaja namun mereka yang mempunyai  gaji RM 1,200 dan hingga RM 5,000 sebulan juga mempunyai kualiti hidup yang baik

Kita sering dipengaruhi dengan drama-drama,filem filem bahawa dengan RM berjuta baru kita dapat mempunyai kualiti hidup yang baik, para mereka yang materialistic juga berkata sedemikian : “jika tiada RM 25,000 jangan mimpi nak dapat anak saya”,

Ok kita tahu sebenarnya  kalau duit kita ada berjuta sekalipun,kalau kita tidak ada kualiti hidup,sebenarnya kita adalah orang paling susah sekali sebab kadangkala duit kita yang masuk RM 15 juta sebulan pun rasanya tak cukup,kadangkala wang yang  kita dapat habis begitu saja tanpa ,seolah olah tidak nampak

Kalau hidup kita ada kualiti, pendapatan RM 4,000 sebulan pun kadangkala lebih dari cukup,anak sampai 12 orang,tapi duit yang RM 4,000 hanya diguna RM 2,000 sahaja,selebihnya kita boleh simpan didalam bank untuk pelaburan emas dan sebagainya dan akan menggandakan wang dan sebagainya

Ok apa yang membawa kita kepada hidup yang berkualiti ?
Ok disini saya senaraikan perkara yang membawa kita kepada hidup yang berkualiti,perkara yang saya maksudkan bukan untuk memperingatkan orang lain sahaja namun ianya lebih untuk memperingati diri saya sendiri sebagai muslim,sebab saya sendiri pun kadangkala selalu lupakanya

1.Sentiasa ingat

2.5 waktu

3.Setiap  1 minggu

4.Mereka tadah,ikhlas kita beri

5.Tidak boleh bakhil

6.Separuh nya bukan hak kita

7.Jangan ulang

Apa kaitan perkara diatas dengan kualiti hidup ?

Ok biar saya ulas 7 perkara diatas

1.Sentiasa ingat kepada allah s.w.t

2.5 waktu ,Maghrib,Isya,Subuh,Zohor,Asar kualiti hidup kan tiada jika perkara ini tak ditunaikan

3. Setiap 1 minggu kita ada hari jumaat,dimana semua muslim baik lelaki,mesti tunaikanya

4.Kalau ada peminta sedekah yang minta sedekah pada kita,tak kira mereka tipu atau tidak kita beri sahaja berapa kita ada,beri dengan seiklhas hati,jangan banggakan apa kita bagi pada peminta sedekah,apa guna kita beri RM 100 tapi kita ambil mikrofon kita cakap yang kita beri pada mereka,nampak sangat kita tidak ikhlas,nampak sangat kita hanya kejar nama bukan pahala

5.Tidak boleh bakhil pada anak sendiri dan isteri,kerana kita tidak tahu sebahagian rezeki yang datang kepada kita adalah rezeki yang allah bagi pada anak-anak kita ,kita ada anak yang lelaki yang umur 28 tahun yang tidak boleh berkerja sebab ada arthritis ketika usia 15 tahun,kita marahkan mereka sebab mereka tak datangkan faedah pada kita,

Kita mendabik dada pada anak kita apa yang kita usaha sampai dapat wang RM 4,000 sebulan hasil dari sawit dan pisang namun sedar atau tidak,allah selitkan rezeki untuk anak kita pada hasil usaha kita itu,bayangkan jika anak anda itu meninggal dan allah tarik balik rezeki yang dia beri pada kita,dan datangkan kesusahan pada diri kita seperti sawit tidak lagi mendatangkan hasil sebab kena penyakit,pisang sering dicuri orang dan sebagainya,so tak usah kita nak kedekut

6. Separuh bukan hak kita,separuh rezeki hasil dari titik peluk yang kita usahakan bukan hak kita,dan yang ini adalah kesimpulan perkara 4 dan 5 yang saya ulas diatas

7. Jangan ulang, jangat diulang atau diingatkan kembali perkara yang menyakitkan diri,seperti putus cinta,kena  tipu,sakit dan sebagainya,anggaplah perkara yang berlaku adalah ujian dari allah s.w.t demi memperingatkan kita kepada 6 perkara diatas…

Sekian itu sahaja dari saya,apa yang saya tulis diatas bukan untuk tunjuk baik,saya memang tak bagus pun saya menulis untuk memperingati diri sendiri juga….assallamualaikum…

Langgan rss blog ini secara percuma



Kategori: Perkongsian, Ulasan Saya |

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge