Sinopsis Teman Lelaki Upahan di ( slot Akasia TV3)

Assallamualaikum…

Sinopsis Drama Teman Lelaki Upahan di ( slot Akasia TV3)

Dengar khabar tak lama lagi drama maaf jika aku tak sempurna (slot akasia tv3) bakal sampai ke penghujung cerita, persoalan yang bakal menjengah pikiran para peminat drama adaptasi di slot akasia tv3, drama apakah yang bakal menjadi pengganti bagi drama maaf jika aku tak sempurna tersebut  ? Hah ! satu kejutan buat anda Sebuah lagi novel bertajuk Teman Lelaki Upahan karya Azura Rasidin telah diadaptasi ke drama di slot Akasia Tv3 tersebut. adakah Drama Teman Lelaki Upahan itu bakal mengantikan drama maaf jika aku tak sempurna tersebut ? wau ni dah kira suspen nih !

Drama Teman Lelaki Upahan tersebut akan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Siti Elizad sebagai Kyra Lydia dan Ungku Ismail Aziz sebagai watak Ezwan Lufti dan Ishak Hasimi sebagai watak Pecacai




Sedikit sinopsis berdasarkan novel :

Sinopsis Teman Lelaki Upahan di ( slot Akasia TV3)

Hanya kerana satu insiden kecil, EL( Ezwan Lufti) terjebak dengan syarat gila Kyra Lydia.

Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga EL, EL dan Lydia bersetuju yang mereka disatukan.Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia.
Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati,ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam

Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana  baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. Ezwan pula kecewa bila kekasih hatinya Zara berkahwin dengan abang longnya sendiri
Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zara yang mengandung. Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL kerana Zara cinta pertama pada EL.Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Masihkah ada ruang dalam hati EL untuk Lydia?

Turut berlakon dalam drama ini adalah Azma Aizal Yusof, Izara Aishah, Wan Raja,Ishak Hasimi dan ramai lagi. Jangan lupa untuk menonton drama arahan Azma Aizal Yusuf dan diterbitkan oleh Primework Studios sebanyak 28 episod dijangka ditayangkan pada disember ini menerusi slot Akasia TV3.

Satu lagi suspen,kalau Drama Teman Lelaki Upahan ini ditayangkan pada disember ini,ini bermakna, bukan drama ini yang menggantikan Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna tersebut ? mungkin drama lain kot ? erm…

Langgan rss blog ini secara percuma



Kategori: Drama |

Kami amat menghargai segala komen yang anda tinggalkan disini,kami berharap komen yang suci murni saja dari pihak anda,tinggalkan komen anda dan insha allah anda akan dapat baclink percuma dari blog ini,dan ada masa nanti pihak kami akan menziarahi blog anda pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge