Apa Beza Whatsapp call dan We chat call ?

140219215400-t-facebook-whatsapp-19-billion-00000515-620xa WeChat

Apa Beza Whatsapp call dan We chat call ? baru-baru ini whatsapp telah dinaik taraf dengan kemudahan untuk membuat panggilan secara percuma kepada rakan-rakan yang terdapat dalam senarai contac kita, dan we chat pula sejak mula dilancarkan sememangnya sudah mempunyai kemudahan untuk membuat panggilan !

Kedua-dua kemudahan yang terdapat dalam aplikasi smartphone ni memang percuma dari segi luaranya,ada tak yang dapat membezakan yang mana satu bagus ?  Whatsapp call dan We chat call ?

Ok bagi saya,   We chat call lagi bagus dari Whatsapp call ,sebab We chat call tidak memakan banyak data sangat berbanding Whatsapp call yang memakan banyak data,kalau untuk buat panggilan 1 GB belum tentu dapat bercakap lama-lama, so mana yang percumanya ?

Yang mana lagi berbaloi diantara kedua-dua kemudahan tersebut ? bagi saya kedua-dua pun tak berbaloi,kalau takat kita kat malaysia ni yang pakai internet preapaid memang lansung tak berbaloi.

Lagi berbaloi buat panggilan biasa ,kalau 30 minit bercakap berapa sangat sen keluar, kalau pakai kedua-dua service tersebut Whatsapp call dan We chat call ,kalau 1 GB habis diguna, nak top up 1 GB tu dah makan RM 15 (kalau celcom lah)

Tapi kedua-dua kemudahan  Whatsapp call dan We chat call amat berguna jika keadaan terdesak, balai polis patut ada whatsapp sekarang ni,senang orang nak buat aduan jenayah

Tapi kalau untuk call berkasih sayang, saya sarankan jangan guna !



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge