Al fatihah Buat Datuk Jamaluddin Jarjis

Assallamualaikum…

Dato’ Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis baru saja meninggalkan kita rakyat malaysia dalam peristiwa cukup tragis semalam (4 april 2015) iaitu dalam nahas helikopter yang berlaku di semenyih, semoga roh allahyarham ditempatkan bersama-sama orang soleh

Namun kenangan dan jasa yang beliau sumbangkan kepada negara memang amat tidak ternilai,walaupun tidak pernah bersua muka dengan beliau dan hanya melihat beliau di kaca televisyen serta surak khabar,saya selaku pemilik blog ini pun agak terasa dengan kehilangan beliau,semalam dapat berita pun saya terkejut dan macam tak percaya dengan apa yang berlaku,walau apa-apa pun kita sedekahkan al fatihah buat allahyarham

 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Tempoh jawatan 30 Mac 2004 – 1 Mac 2008
Diganti oleh Maximus Johnity Ongkili

tan sri jamaluddin jarjis, jamaludin jarjis, helicopter crash, tan sri jamaludin jarjis, Jamaluddin Jarjis meninggal dunia,Datuk Jamaluddin Jarjis terkorban,Datuk Jamaluddin Jarjis nahas helikopter,najib punca helikopter terhempas,najib rancang bunuh Datuk Jamaluddin Jarjis
Ahli Parlimen Malaysia untuk Rompin
Lahir 25 Mei 1951 (63 tahun) Pekan, Pahang
Meninggal dunia pada April 4, 2015
Semenyih dalam Nahas Helikopter
Parti politik yang disertai Barisan Nasional
Pasangan Datin Sri Dr. Kalsom Ismail
Pekerjaan Ahli politik

Jom kita baca sedikit sebanyak tentang beliau yang dipetik dari wikipedia

Dato’ Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis merupakan ahli politik Malaysia dari Rompin, Pahang. Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1951 di Pekan, Pahang dan meninggal dunia pada 4 April 2015. Kemuncak kerjaya politik beliau apabila dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Pada 4 Ogos 2009, beliau dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.
Pendidikan
Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan pada tahun 1958 dan menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ahmad pada tahun 1964 dan Sekolah Menengah Abu Bakar, Kuantan pada tahun 1967. Selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), beliau melanjutkan pelajaran ke University Of Manchester, United Kingdom pada tahun 1971 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal pada tahun 1974.

Kerjaya Dato’ Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1974. Keinginan untuk meningkatkan pencapaian akademik telah mendorong beliau melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Kejuruteraan Elektikal (Sistem Tenaga) di University of Manitoba, Kanada pada tahun 1976. Beliau akhirnya melengkapkan pencapaian akademiknya pada tahun 1980 setelah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrikal dari University of McGill, Kanada.

Tahun 1984 meletakkan jawatan dari UiTM untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan perundingan kejuruteraan melalui syarikat yang diasaskannya secara bersama, J & A Associates.

Beliau dilantik menerajui syarikat utiliti negara,sebagai pengerusi Tenaga Nasional Bhd antara Ogos 2000 – 2002 kerana pengetahuan dan pengalaman serta kepakaran beliau dalam bidang elektrik.

Kerja sosial Dato’ Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis

Datuk Jamaluddin Jarjis bergiat aktif dalam aktiviti berpersatuan. Pada tahun 2002 beliau dilantik sebagai Penaung Persatuan Pengilang-pengilang Bumiputra Malaysia. Selain itu, beliau juga dipilih sebagai Presiden, Persatuan Kebajikan Anak Pahang pada tahun 2004 serta Presiden, Persatuan Ekuistrian Malaysia dan Presiden, Majlis Equin Malaysia masing-masing pada tahun 2002 dan 2004.

Karier politik Y.B. Dato’ Sri Dr. Jamaluddin Jarjis
Karier politik Y.B. Dato’ Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dalam UMNO bermula di Cawangan Kampung Mengkasar, Pekan. Sepanjang penglibatannya, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Bahagian Pekan pada tahun 1983 dan Timbalan Ketua Bahagian Rompin selain diberi kepercayaan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Timbalan Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.

tan sri jamaluddin jarjis, jamaludin jarjis, helicopter crash, tan sri jamaludin jarjis, Jamaluddin Jarjis meninggal dunia,Datuk Jamaluddin Jarjis terkorban,Datuk Jamaluddin Jarjis nahas helikopter,najib punca helikopter terhempas,najib rancang bunuh Datuk Jamaluddin Jarjis

Terpilih menjadi Presiden Kelab Penyokong Kerajaan pada 1999, Pembantu Whip Barisan Nasional bagi Parlimen ke-10 dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) pada 1994.

Beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003 setelah undi kelapan terbanyak dengan 1,268 undi.

Kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002. Berikutan rombakan kecil kabinet pada bulan Januari 2004, Dato’ Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum dikekalkan dengan jawatan yang sama selepas Pilihan Raya Umum ke-11. Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 30 Mac 2004.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menang kerusi parlimen Rompin, Pahang .Beliau menang dengan mendapat undi sebanyak 21308. Calon lawan ialah Mazlan Bin Mohamed Yasin dari PAS mendapat 10,629 undi – Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 79%. Undi rosak sebanyak 824.

Selepas itu Datuk Jamaluddin Jarjis (JJ) digugurkan dari jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi .

Program Angkasawan Malaysia

Beliau telah menjayakan projek Angkasawan Malaysia pada 2007 dengan kerjasama kerajaan Russia. Bual bicara secara langsung telah disiarkan dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan. Datuk JJ sendiri berada di Russia dan Kazakhstan bagi memastikannya berjalan lancar.

Program angkasawan Malaysia ini merupakan hasil ‘barter trade’ dengan pembelian jet pejuang super sonic dari Russia. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pergi dengan Soyuz TMA-11 ke ISS, 333 kilometer dari muka bumi pada 10 Oktober 2007. Beliau pulang dari stesen angkasa lepas antarabangsa ISS dengan kapsul Soyuz TMA-10 . Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) sedang mengkaji kemungkinan membeli kapal angkasa Soyuz dan dipamerkan di Muzium Negara bagi membangkitkan minat generasi muda.

Keluarga Dato’ Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis
Dato’ Sri Dr. Jamaluddin Jarjis telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Sri Dr. Kalsom Ismail. Beliau yang amat meminati sukan berkuda dan polo.

Dato’ Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis Dilantik Sebagai Duta ke Amerika Syarikat
Pada 4 Ogos 2009, Datuk JJ menerima watikah perlantikan sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.Beliau menggantikan Datuk Rajmah Hussain.September 2009 beliau akan ke Washington mewngunjungi Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di White House untuk mendapatkan watikah penuh

Sekian….



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge