Respon saya tentang isu salib di Taman Medan

Assallamualikum…

Saya rasa terpanggil untuk mengulas tentang isu salib di taman medan yang menjadi viral dilaman sosial semalam,apa yang berlaku ni membuatkan saya tertanya-tanya apa yang berlaku kepada umat islam dan bangsa melayu kita sekarang ni ? membuat tunjuk perasaan bagi meminta pihak gereja tersebut menanggalkan simbol salib yang ada pada gereja mereka ?

Kenapa sampai macam tu sekali tahap berfikir orang melayu islam kita ? rasa gelisah dan takut dengan lambang agama lain, sedangkan mereka selama ini tidak mengganggu agama kita pun..

Ok saya petik sedikit kata-kata dari Datuk Abdullah Abu Bakar berdasarkan dari artikel themalaysianinsider

“Penduduk berasa cemas melihat salib. Mereka tidak selesa dan sensitif,” katanya.

“Sesetengah mereka mengadu, pemandangan pertama mereka bila buka tingkap ialah salib.”

 

Apa yang anda takut pada lambang salib ? tak selesa apa kebendanya ? bagi saya kalau lambang salib besar tu,nampak biasa saja tak ada apa yang menakutkan kat situ,nampak sangat kan iman kita islam ni mula goyah,mana tidaknya bila melihat salib sahaja kita rasa tidak selesa dan sensitif

Kena ingat mereka yang kristian kat negara kita ni tak kacau kita,mereka ada agama dan kepercayaan tersendiri,biarlah mereka nak hidup dengan agama mereka,kita hormati agama mereka dan saling bertolak ansur itu sudah cukup baik

Mereka jaga agama mereka dan kita jaga agama kita,yang saya heran kalau kedai arak,bar dan kelab malam serta kedai judi yang selalu orang melayu islam kita kunjungi tu, kenapa tak berani buat tunjuk perasaan agar kelab malam,kedai arak,bar serta kedai judi itu ditutup ?

Sebab kelab malam,kedai arak,bar serta kedai judi itu patut kita tidak selesa dan sensitif dengan kewujudanya, bahkan ianya banyak merosakan umat melayu islam kita dengan maksiat yang itu kita lansung tak sensitif

Yang kita sensitif hah tu nampak lambang agama lain,dan minta ianya ditanggalkan,otak kita ni pikir kemana ?

Ada tak orang melayu islam kita buat kutipan derma untuk membantu memulihkan penagih dadah muslim ? rasanya tak ada

Ada tak kempen dan usaha membantu mengeluarkan gadis melayu islam yang menjadi pelacur di luar sana dari kancah pelacuran ? rasanya tak ada

Saya juga terpikir,kenapa mereka di Taman Medan ini sanggup melakukan tunjuk perasaan untuk menanggalkan tanda salib tersebut ?  saya pikir mungkin ada pihak yang menjadi batu api dalam isu ini ,dan kalau boleh  mohon pihak polis cari siapa dalang batu api yang menjadi punca kepada perkara ini.

Perkara ini boleh membuatkan negara kita jadi huru hara akibat krisis keagamaan,cukup-cukup lah krisis perkauman pada 13 mei yang orang tua terdahulu hadapi,walaupun pada masa tu ianya bukan krisis keagamaan namun ianya sudah cukup memeritkan rakyat malaysia..

Sekian…

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge