Shaheizy Sam Patutnya Tidak Menang Bintang Paling Popular 2015

shahezy sam

Anugerah Bintang Paling Popular 2015 baru saja melabuhkan tirai, dan penerima anugerah utama sudah diketahui umum dimana orang yang sama telah memenangi untuk kali ketiga tahun ni

Shaheizy Sam, kali ini menang untuk kali ketiga anugerah utama untuk majlis anugerah tersebut, namun pelbagai persoalan yang muncul diminda saya,kalau 2 anugerah terdahulu yang Shaheizy Sam dapat,memang patut dia menang.

Tapi untuk setahun berlalu,jarang melihat wajah Shaheizy Sam, menyepi sekejap dalam industri lakonan,tup tup bila ada anugerah terus dia diangkat sebagai pemenang utama,adakah ini adil ?

Walaupun ada yang menyatakan aida jebat belum cukup layak untuk memenangi anugerah utama tersebut,bagi pihak kami adalah lebih layak aida jebat menang anugerah utama bintang paling popular berbanding Shaheizy Sam, kalau tengok tahun ni dan tahun lepas aida jebat memang banyak muncul di kaca tv berbanding Shaheizy Sam

Benarkah yang mengundi Shaheizy Sam adalah peminatnya ? atau ada dalang yang memenangkan Shaheizy Sam ? tapi kita tak patut berperasangka buruk,namun agak pelik dengan kemenangan Shaheizy Sam untuk ABPH tahun ini…

Shaheizy Sam, memang popular,mungkin dah rezeki dia menang malam tu kot…



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge