Gelombang panas di India terus mencari mangsa

gelombang panas di india,gelombang panas di india,fenomena gelombang panas,apa itu gelombang panas,angka korban gelombang panas di india,keadaan gelombang panas di india,jumlah korban gelombang panas,gelombang panas di malaysia

Gelombang panas yang melanda India , Ok apakah itu fenomena ‘gelombang panas’? berdasarkan artikel yang saya baca di freemalaysiatoday,gelombang panas berlaku apabila suhu semasa secara bandingan adalah lebih tinggi daripada suhu cuaca normal setempat dan juga suhu cuaca normal pada musim berkenaan.

Tapi fenomena gelombang panas yang melanda india pada tahun ni agak teruk sekali malah menurut apa yang saya baca di bbc indonesia ,fenomena gelombang panas yang melanda india sekarang ni belum juga menunjukkan tanda-tanda reda malah jumlah orang yang meninggal dunia akibat gelombang panas ni turut meningkat kepada 1,100 orang

Pada ketika ini para doktor di india tidak dibenarkan untuk mengambil cuti bagi membantu mangsa yang terkena sengatan panas matahari dan mengalami dehidrasi.

Kebanyakan mangsa adalah buruh miskin dan orang-orang tua.mangsa menyatakan mereka tidak mampu untuk menuruti arahan oleh kerajaan india untuk tidak keluar dari rumah.

Kerana jika mereka tidak keluar dari rumah, ini bermakna mereka tak boleh mendapat pendapatan dengan berkerja bagi menampung hidup mereka.

Sekarang ni suhu udara sedikit menurun di dua kawasan yang dilanda panas tertinggi iaitu di Andhra Pradesh dan Telangana, tetapi suhu masih lagi berada di atas 45 darjah celcius.

Awan mula terbentuk di dua negara bahagian itu dan para pegawai jabatan meteorologi menyatakan hujan lebat kerana musim angin kencang akan segera terjadi dalam beberapa hari lagi

Gelombang panas ini dikatakan terjadi di sebahagian besar India termasuk daerah-daerah seperti Uttar Pradesh, Jharkhand, Orissa, Rajasthan dan ibu kota Delhi, dengan suhu udara mendekati 50 derajat celcius minggu lalu.


Berdasarkan sumber asal : BBC INDONESIA  diterjemah kedalam bahasa malaysia dengan sedikit penambahan ayat oleh ishakhasimi.com



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge