SINOPSIS DRAMA RUBBER BAND

sinopsis drama rubber band,drama rubber band, sinopsis,pelakon drama rubber band,tarikh tayangan drama rubber band,drama pengganti tuan rumah pembantu rumah,adakah drama rubber band best,review drama rubber band,betto khusairi dalam drama rubber band,drma terbaru slot iris drama rubber band,

Sinopsis drama rubber band | Ini adalah drama terbaru yang menggantikan drama tuan rumah pembantu rumah yang telah melabuhkan tirainya pada hari khamis yang lepas dengan kisah yang happy ending

Drama rubber band adalah drama yang berepisod dan ditayangkan di slot iris tv3, ianya mula ditayangkan pada tarikh 18 mei 2015 ini,dan untuk pengetahuan anda semua drama ini di arahkan oleh pelakon hebat Sabri Yunus, sebelum ni pun Sabri Yunus berjaya mendapat anugerah hasil dari sebuah drama yang beliau arahkan,saya pun tak ingat apa nama tajuk drama yang beliau arahkan pada masa tu

JUDUL : RUBBER BAND
TARIKH / MASA : 18 Mei 2015 (Isnin-Khamis 6.30pm)
SIARAN : Slot Iris TV3
PENGARAH : Sabri Yunus
PELAKON : Beto Kusyairi, Sara Ali, Supyan Kepoh, Ezany Nizariff

 

SINOPSIS DRAMA RUBBER BAND

Jom baca sinopsis drama rubber band ni..

Drama rubber band mengisahkan mengenai Rahim (Beto Kusyairi) lelaki buta yang gemar bermain gitar dan menyanyi. Rahim tinggal di kampung bersama ibunya, Mak Nah. Satu hari, Alimin (Ezany Nizariff) iaitu rakan sekampung Rahim telah pulang ke kampung dan mengajak Rahim untuk bekerja di Kuala Lumpur.

sinopsis drama rubber band,drama rubber band, sinopsis,pelakon drama rubber band,tarikh tayangan drama rubber band,drama pengganti tuan rumah pembantu rumah,adakah drama rubber band best,review drama rubber band,betto khusairi dalam drama rubber band,drma terbaru slot iris drama rubber band,

Rahim dijanjikan pekerjaan sebagai penyanyi. Pada mulanya Mak Nah keberatan apabila memikirkan keselamatan Rahim lebih-lebih lagi anaknya itu berbeza dengan orang lain.

Tetapi setelah didesak dan dipujuk, Mak Nah benarkan. Setelah tiba di Kuala Lumpur, rupa-rupanya Rahim menjadi penyanyi jalanan. Alimin mengambil kesempatan atas kekurangan Rahim untuk mengaut keuntungan tetapi masih lagi menjaga Rahim dengan baik. Satu hari, Rahim telah ditinggalkan dengan sengaja oleh orang-orang suruhan Alimin yang sering mengenakannya. Rahim akhirnya sedar, dia telah dipergunakan Alimin dan akhirnya melarikan diri.

Rahim tidak tahu hendak menuju ke mana dia hanya menurut gerak hatinya untuk melangkah demi mencari rezeki yang akhirnya menemukannya dengan Basir (Suffian).

Basir seorang lelaki yang gagap dan bekerja di sebuah kedai makan. Basir sering sahaja dimarahi oleh majikannya sehingga dia diberhentikan kerja.

Setelah itu, Basir mengikuti Rahim menjadi penyanyi jalanan sambil menjual ubat. Oleh kerana kecatatan mereka, mereka dipandang rendah oleh masyarakat. Namun, kecacatan tersebut tidak melemahkan azam mereka untuk menjadi seseorang yang dikenali dalam masyarakat.

Menyedari hakikat bahawa kecacatan merupakan satu-satunya batu penghalang bagi kejayaan mereka, mereka mengambil keputusan untuk bergabung tenaga bagi menubuhkan sebuah kumpulan musik dengan bantuan Jelita (Sara Ali), seorang produser yang telah melihat bakat mereka menyanyi.

Jelita ingin membantu mereka dan membuka mata masyarakat walaupun mereka cacat, mereka masih punya sesuatu yang istimewa untuk dikongsikan. Dari situ, mereka mula membina strategi bagaimana untuk menjadi terkenal meskipun mempunyai kekurangan fizikal.

Mereka menamakan kumpulan mereka sebagai “Rubber Band”. Dalam perlahan-perlahan mendaki tangga kemasyuran, satu-persatu kisah lucu terjadi dan menduga persahabatan Rahim dan Basir. Adakah mereka akan terus kekal bersatu dan berjaya melalui rintangan demi untuk populariti yang diangankan? Ikuti perjalanan dua insan istimewa ini dalam drama arahan Sabri Yunus yang turut dilakonkan oleh Sara Ali, Bil Azali, Ezany Nizariff, Sura Sojangi ini dalam Rubber Band

Slot iris tv3 adalah slot sampah

Ada yang kata slot iris tv3 ni adalah slot sampah,di mana drama yang ditayangkan di slot ini adalah kategori drama yang kurang mendapat sambutan,kalau dilihat dari sudut iklan pun,slot iris ni memang agak kurang iklan dia berbanding dengan slot popular yang lain di tv3

Tanggapan yang tidak betul

Namun bagi saya sendiri yang dah menonton dua drama di slot iris ni,iaitu suami sebelah rumah dan tuan rumah pembantu rumah saya rasa drama di slot tersebut agak menarik dari drama yang ditayangkan di slot lain,saya pun hairan kenapa drama yang menarik di tayangkan di slot iris ini,mungkin kerana kehendah pihak penyiar sendiri kot

Walau apa pun,tak salah nak menonton,tak nak menonton jangan kutuk bukan-bukan..

Sekian…



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge