Hisap vapor untuk berhenti merokok

Assallamulaikum…

Hisap vapor untuk berhenti merokok, sekarang ni laku pulak vapor orang jual walaupun vapor ni dah lama wujud dah,namun sejak dua menjak ni trend menghisap vapor semakin berleluasa sampaikan ada awek bertudung hisap batang vapor ni

Persoalannya sekarang benarkah vapor dapat menghilangkan ketagihan terhadap rokok ?

Bagi mereka yang ketagih rokok dan ingin beralih selera dengan menghisap vapor adalah tidak sesuai sama sekali, vapor ini kemungkinan sesuai bagi mereka yang ingin berhenti merokok.

Kenapa saya berkata sedemikian ? begini, saya mengenali seorang perokok ni ,dia jenis hisap rokok yang berjenama,dan jenama kegemaran dia adalah dunhill dan pada tahun 2013 beliau mula beralih dari menghisap rokok yang berada dipasaran dengan menghisap vapor, beliau kata hasrat dia memilih untuk menghisap vapor adalah untuk menghentikan tabiat merokok yang beliau amalkan sejak 20 tahun lepas.

Yelah kan, lebih-lebih lagi harga rokok sekarang yang semakin mahal, kalau tahun 1990 an dulu rokok Dunhill lebih kurang harga rokok seludup yang dijual sekarang, tapi kini harga rokok Dunhill boleh beli Top Up untuk celcom !

Beliau berkata,sejak beliau menghisap vapor , beliau lansung tidak menyentuh rokok Dunhill percubaan 3 bulan pertama setelah menghisap vapor beliau kembali untuk mencuba menghisap rokok Dunhill.
hisap vapor untuk berhenti merokok,kebaikan dan keburukan vapor,awek bertudung hisap batang,awek bertudung hisap batang vapor,awek bertudung hisap vapor,apa hukum menghisap vapor,hisap vapor haram,keburukan hisap vapor,vapor untuk buang ketagihan merokok,petua berhenti merokok,tips untuk berhenti merokok,kenapa vapor berbahaya,cara hisap vapor

Namun apa yang memeranjatkan akibat dari kesan menghisap vapor , rokok Dunhill yang beliau cuba hisap kembali tersebut rasanya asap nya seperti rasa asap surat khabar yang dibakar !

Sekarang ni lepas 8 bulan menghisap vapor, beliau kata vapor pun beliau dah lupakan, selera nak menghisap rokok dah tiada lagi

Ya berdasarkan perkongsian ini, berkemungkinan vapor amat sesuai untuk mereka yang ingin betul-betul berhenti merokok, kalau untuk mereka yang sesaja nak hisap vapor bagi menggantikan rokok sedia ada, harap maaf vapor mungkin tidak bagus untuk anda

Apa-apa pun ianya bergantung apad diri korang, ada diantara kita ni  dapat menghilangkan ketagihan merokok cara mudah manakala ada yang amat sukar untuk melupakan rokok

Tapi ada satu keburukan vapor ni, mana tahu kan,kalau suatu hari nanti ada terdapat ganja yang diekstrak dalam bentuk liquid, sekarang ni liquid untuk vapor ada pelbagai perisa ,namun perisa ganja akan wujud atau tidak ,tapi mereka yang terlibat dalam jenayah dadah akan berusaha untuk kearah itu

Vapor ada kebaikan dan keburukan tersendiri, kita ada akal kita pikir..

sekian…

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge